HalalXPlorer Logo
ktmb caj rm5 jika beli tiket di kaunter
12 April 2025

Isu Caj Tambahan RM5 KTMB: Ini Penjelasan Rasmi Daripada Pihak KTMB

Kongsikan:

Selepas timbulnya kontroversi berkenaan caj tambahan RM5 untuk pembelian tiket di kaunter, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akhirnya tampil memberikan penjelasan rasmi untuk memperbetulkan beberapa kekeliruan yang telah tersebar dalam laporan media baru-baru ini.

1. Kenapa dikenakan caj RM5 untuk beli tiket di kaunter?

Menurut KTMB, caj tambahan RM5 yang dikenakan bagi setiap pembelian tiket di kaunter adalah sebahagian daripada sistem tambang fleksibel (Flexi Fare) yang diperkenalkan sejak tahun 2020. Caj ini tidak bergantung kepada saluran pembelian semata-mata (kaunter, dalam talian atau mesin layan diri) tetapi berkaitan dengan waktu pembelian (awal atau waktu puncak) dan perkhidmatan disediakan.

Penumpang yang membeli tiket di kaunter menikmati bantuan kakitangan dan servis peribadi, berbanding pembelian dalam talian atau di mesin yang memberi fleksibiliti masa dan lokasi kepada pengguna.

2. Diskaun 50% tetap ada untuk warga emas, OKU & pesara

KTMB menegaskan bahawa diskaun tambang sehingga 50% tetap ditawarkan kepada warga emas, pesara dan OKU tanpa mengira saluran pembelian tiket. Mereka hanya perlu mendaftar sekali sama ada secara dalam talian atau di kaunter untuk menikmati faedah ini.

Setakat ini, seramai 43,000 OKU dan 412,340 warga emas telah mendaftar dengan sistem KITS (KTMB Integrated Ticketing System) sejak dilancarkan pada tahun 2020.

3. Bagaimana pula dengan pengguna OKU penglihatan atau warga emas yang sukar guna aplikasi?

KTMB memberi jaminan bahawa mereka tetap komited memberikan servis mesra pelanggan kepada semua, termasuk golongan yang memerlukan bantuan. Bagi warga emas dan OKU, kakitangan di stesen bersedia membantu sepanjang proses pembelian dan pendaftaran. Malah, kakitangan juga membantu penggunaan mesin layan diri (TVM) jika diperlukan.

4. Penjelasan berkenaan dakwaan ‘caj untuk pulang modal pelaburan’

KTMB menolak dakwaan kononnya caj tambahan dikenakan semata-mata untuk mendapatkan kembali kos pelaburan. Sebaliknya, sistem tambang fleksibel dan sistem tanpa tunai diperkenalkan bagi memudahkan pengguna membeli tiket dengan lebih selesa dari rumah sendiri serta pada harga lebih menarik, terutama jika dibeli lebih awal atau di luar waktu puncak.

Kesimpulan

KTMB menekankan bahawa segala inisiatif ini dilakukan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dengan harga tambang yang adil dan fleksibel, serta lebih banyak pilihan kepada pengguna. Walaupun wujud kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak, KTMB menjelaskan bahawa mereka tetap prihatin terhadap kebajikan golongan rentan dan sentiasa sedia membantu.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan lanjut berkenaan pembelian tiket dan pendaftaran konsesi, orang ramai boleh menghubungi pihak KTMB atau kunjungi stesen terdekat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA