HalalXPlorer Logo
cameron santorini
08 August 2024

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !

Kongsikan:

Salah satu tarikan pelancongan terbaru di Cameron Highlands, Cameron Santorini dirobohkan oleh pihak berkuasa Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) disebabkan pembinaan tersebut tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !

Operasi merobohkan pembinaan haram tersebut dilaksanakan bermula pukul 9 hingga 11.30 pagi pada 5 Ogos 2024. Ia diketuai Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Azmil Hadid Maznan dan disertai Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cameron Highlands.

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !
Kredit Gambar : SirapLimau

Menurut kenyataan Majlis Daerah Cameron Highlands, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan atas kesalahan Seksyen 70 (1) iaitu pembinaan tanpa kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !

Difahamkan pihak berkuasa terbabit akan mengeluarkan kompaun terhadap pembinaan bangunan yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk tiada kebenaran merancang.

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !

Difahamkan juga kawasan berkenaan yang berstatus pertanian disewa daripada pihak Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands.

Baru Saja Viral, Cameron Santorini Akhirnya Dirobohkan !

Semoga tindakan penguatkuasaan ini dapat menjadi iktibar dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan agar mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan semasa yang berkuatkuasa.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA