Melancong sememangnya memerlukan perancangan rapi dan bajet yang besar bagi memastikan percutian berjalan lancar. Paling penting adalah pengangkutan, lebih-lebih lagi bagi destinasi luar negara.
Tiket penerbangan adalah salah satu contoh 'modal' terbesar ketika merancang percutian, sebab itu ramai yang ternanti-nanti saat syarikat penerbangan membuat jualan promosi.
Tapi jangan risau kerana ini adalah 5 tips menarik untuk pastikan anda berjaya bolot promosi yang ditawarkan syarikat penerbangan
Sebelum menempah tiket penerbangan, sebenarnya anda harus mengambil maklum beberapa perkara agar boleh menikmati tawaran luar biasa AirAsia ini.
1. Sentiasa peka
Tetapkan penggera, notifikasi kalendar, atau ajak rakan perjalanan anda untuk siap sedia menempah tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* ini sebaik sahaja ia bermula pada jam 10 pagi 18 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023.
2. Semak tarikh
Rancang lebih awal dan pastikan tarikh perjalanan anda fleksibel untuk meningkatkan peluang menempah tiket penerbangan yang murah.
Jika anda mempunyai beberapa tarikh pilihan, ia juga akan membantu anda membuat tempahan dengan lebih mudah.
3. Sedia meneroka Destinasi Alternatif
Walaupun anda tertarik untuk menempah destinasi popular, cuba juga terokai destinasi unik seperti Medan, Kunming, Cebu, Nha Trang dan lain-lain.
Destinasi-destinasi ini mungkin akan menjadi tempat percutian baharu kegemaran anda.
4. Susun strategi
Jangan risau jika ingin membawa lebih barangan, kerana anda akan mendapat lebih penjimatan dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk bagasi berdaftar 30 kilogram apabila membuat pra-tempahan bagasi semasa membuat tempahan penerbangan untuk memaksimumkan penjimatan.
5. Satu aplikasi
Muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Gedung Google Play atau Huawei AppGallery hari ini untuk pengalaman perjalanan yang lancar dan dipertingkatkan, termasuk berhubung dengan pengembara berpengalaman melalui airasia Chat untuk mendapatkan tip perjalanan yang lebih jimat.