HalalXPlorer Logo
cara mohon e visa arab saudi untuk tunai umrah
09 February 2023

Cara Mohon E-Visa Arab Saudi Untuk Tunai Umrah dan Melancong

Kongsikan:

Sebelum anda pergi menunaikan umrah, mesti anda terfikir hal-hal yang berkaitan dengan visa.

Jangan risau, anda beruntung kerana kebanyakan pakej umrah yang ada di Malaysia telah menguruskan semua hal berkaitan dengan visa umrah sekaligus ia menyenangkan perjalanan anda ke sana.

Tetapi, jika anda berhasrat untuk melakukan perjalanan umrah secara sendiri, atau biasa disebut sebagai Umrah DIY, disini ada penerangan yang ringkas berkaitan dengan visa untuk masuk ke Arab Saudi dan cara memohon visa.

Cara Mohon E-Visa Arab Saudi Untuk Tunai Umrah

Tips Mudah Cara Mohon Visa Umrah secara Online

Visa Umrah merupakan satu dokumen rasmi beri izin untuk tinggal di Arab Saudi yang berkeperluan hanya untuk menunaikan umrah.

Ia dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi (KBSA) kepada sesebuah negara.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia adalah salah satu negara daripada 35 buah negara yang dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon e-visa.

Sesiapa yang menyalahgunakan kebenaran visa, akan dikenakan hukuman termasuk pihak yang mengeluarkan visa tersebut.

Jadi, hati-hati dan jangan salah guna visa yang dipohon.

Cara Mohon E-Visa Arab Saudi Untuk Tunai Umrah

Apa itu e-Visa Arab Saudi

e-Visa Arab Saudi adalah satu portal dalam talian yang pantas dan mudah digunakan bagi pelawat antarabangsa untuk memohon e-Visa.

Ia meliputi aktiviti berkaitan pelancongan dan Umrah.

e-Visa Arab Saudi tidak termasuk musim haji dan aktiviti pembelajaran.

Maklumat tentang e-Visa Arab Saudi

Berikut merupakan beberapa maklumat mengenai Visa Arab Saudi:

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan di https://visa.visitsaudi.com/

2. Semua pemohon boleh melawat – bukan beragama Islam tidak dibenarkan masuk ke Makkah dan Madinah.

3. Tidak memerlukan mahram.

4. Boleh membuat urusan dengan aturan tersendiri.

5. Tidak memerlukan maklumat penerbangan.

6. Tempoh sah selama setahun sahaja.

7. Kemasukan berulang sepanjang setahun.

8. Had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari.

9. Terbuka untuk sendiri atau berkumpulan.

10. Had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

Cara Daftar e-Visa Arab Saudi secara Online

Untuk membuat permohonan e-Visa, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu seperti berikut:

1. Layari pautan e-Visa: https://visa.visitsaudi.com/

2. Daftar log masuk akaun anda

Secure web –  verification code dan had masa.

3. Pastikan gambar jelas meliputi:

  • Latar belakang berwarna putih
  • Gambar berukuran passport
  • Format gambar adalah JPEG.

4. Lengkapkan maklumat peribadi dan passport dengan lengkap.

5. Masukkan maklumat tarikh jangkaan ketibaan

6. Tujuan visa boleh dipilih, sama ada untuk melancong ataupun umrah.

7. Lengkapkan maklumat menetap di Saudi seperti hotel atau residential.

8. Masukkan maklumat Insurans perubatan

9. Baca terma dan syarat yang tertera dan semak permohonan

10. Buat pembayaran melalui kad debit atau kad kredit

11. Tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Permohonan e-Visa Arab Saudi secara Online

Terdapat 4 langkah mudah untuk memohon visa:

1. Isikan maklumat diri anda. Anda juga perlu memilih masa pemprosesan dari pilihan yang dinyatakan.

2. Pastikan anda membuat semakan maklumat diri terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

3. Yang terakhir adalah soal selidik dan muat naik gambar. Anda perlu memuat naik imbasan passport anda.

4. Dokumen-dokumen lain bergantung kepada keadaan peribadi.

Berapa lama tempoh pengeluaran Visa

Tempoh pengeluaran visa adalah sehari hingga empat minggu selepas permohonan dibuat.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA