Baru-baru ini tular di aplikasi tiktok dengan lebih 1.4 Juta tontonan (ketika artikel ini ditulis) apabila seorang pengguna aplikasi tersebut memuat naik satu video beliau mencuba makanan di kedai makan 'Char Kuey Teow Hantu'.
Sesuai dengan namanya, kedai makan di Taman Jasa, Batu Caves ini menggunakan 'hantu' sebagai tema mereka. Walaupun kedai Char Kuey Teow, mereka turut mempunyai menu lain seperti Nasi Goreng Toyol, Nasi Goreng Puaka, Sotong Pulut dan pelbagai lagi.
Bagi kami, menu-menu di kedai makan ini agak kreatif dan menarik juga. Cuma, kalau boleh kami nak datang waktu petang lah kot hehe. Bagaimana pula dengan anda?
Lokasi
? Char Kuey Teow Hantu, 238, Jalan Jasa 25, Taman Jasa, 68100 Batu Caves, Selangor