HalalXPlorer Logo
05 March 2022

Anda Boleh Melancong ke Bali Tanpa Perlu Kuarantin Bermula 7 Mac

Kongsikan:

Pelancong asing yang tiba di pulau peranginan Bali, Indonesia bermula 7 Mac ini tidak lagi perlu menjalani proses kuarantin wajib.

Anda Boleh Melancong ke Bali Tanpa Perlu Kuarantin Bermula 7 Mac
Sumber : Travel Daily

Sebaliknya, pelancong daripada 23 negara boleh terus mendapatkan visa-on-arrival (VOA) dengan syarat telah mendapat vaksin lengkap dan juga mendapat keputusan negatif dalam ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas.

Pelancong yang tiba juga tetap perlu diuji sekali lagi saat tiba di Bali. Mereka yang positif akan diasingkan di hotel atau hospital sehingga ujian lanjut dilakukan pada hari ketiga.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, yang menyelia dasar sekatan Covid-19 di Indonesia, berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi pandu uji sebelum penghapusan kuarantin boleh dilakukan pada skala nasional.

Anda Boleh Melancong ke Bali Tanpa Perlu Kuarantin Bermula 7 Mac
Sumber : Hotels

Pelan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada sejauh mana Bali mengendalikan kes Covid-19 pada minggu hadapan.

Projek ini yang akan bermula 7 Mac adalah seminggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan pada awal perancangan iaitu 14 Mac.

Bagaimanapun, Luhut menambah bahawa pulau itu telah menunjukkan kemajuan dari segi meratakan keluk kes COVID-19 serta menunjukkan kadar vaksinasi penuh terbaik berbanding bahagian lain di Indonesia.

Anda Boleh Melancong ke Bali Tanpa Perlu Kuarantin Bermula 7 Mac
Sumber : Conde Nast Traveller

Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, seluruh Indonesia akan bebas kuarantin mulai 1 April, tambah Luhut. 

Buat masa sekarang, pelancong asing yang lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak perlu menjalani kuarantin wajib selama tiga hari.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA