HalalXPlorer Logo
05 March 2022

Nyepi : Lapangan Terbang Bali Tutup 24 Jam

Kongsikan:
Nyepi : Lapangan Terbang Bali Tutup 24 Jam

Lapangan terbang Bali di Indonesia akan menghentikan sementara operasi penerbangannya selama 24 jam bermula 6 pagi Khamis 3 Mac 2022 sempena "Nyepi" (Hari Senyap).

"Nyepi" yang bermaksud "berdiam diri" disambut oleh semua penduduk Bali yang beragama Hindu sebagai "Hari Senyap" dan Tahun Baharu mengikut kalendar Caka.

Menurut pengendali Lapangan Terbang Angkasa Pura I, penutupan sementara operasi di lapangan terbang itu mulai 6 pagi Khamis hingga 6 pagi Jumaat, dijangka menjejaskan 115 penerbangan di Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai.

Pengarah Presiden Angkasa Pura I Faik Fahmi berkata 58 penerbangan ketibaan dan 57 penerbangan berlepas akan digantung sementara selama 24 jam.

Bagaimanapun, kakitangan di lapangan terbang bersedia untuk sebarang penerbangan kecemasan, seperti pendaratan kecemasan dan pemindahan perubatan.

Pada hari paling senyap dalam setahun itu, penganut Hindu Bali menghentikan aktiviti harian mereka dan berada di dalam rumah untuk melakukan muhasabah diri.

Syarikat telekomunikasi juga mematikan khidmat data mudah alih dan sambungan Internet.Jalan raya yang biasanya sibuk menjadi senyap, manakala pelancong pula bebas melakukan aktiviti hanya di kawasan hotel mereka.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA