HalalXPlorer Logo
keretapi sarong is back kembali lagi on 2024 14 september
09 September 2024

Keretapi Sarong Kembali Lagi Untuk Edisi ke-8 ! Lebih Meluas, Lebih Meriah !

Kongsikan:

Keretapi Sarong 2024 (KS24) kembali dengan sambutan meriah bersempena Hari Malaysia ke-61, menonjolkan kekuatan jenama tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, untuk Malaysia dan juga dunia.

Keretapi Sarong Kembali Lagi Untuk Edisi ke-8 ! Lebih Meluas, Lebih Meriah !

Tahun ini, tema 'Bangga Malaysia' (Proud Malaysia) diangkat bagi meraikan kehebatan jenama tempatan yang membentuk identiti kolektif negara. KS24 membawa tema ini ke tahap baru dengan memberi pengiktirafan kepada jenama-jenama tersebut atas peranan mereka dalam membentuk identiti Malaysia serta mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

Menurut Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengasas Bersama LOCCO dan Pengarah Program KS24, “Bangga Malaysia” bukan sekadar tema tetapi pernyataan kuat tentang kebanggaan negara terhadap jenama tempatan yang mencerminkan identiti Malaysia.

Tambahnya lagi, Keretapi Sarong 2024 bukan sahaja meraikan perpaduan rakyat, tetapi juga menampilkan kreativiti dan daya tahan jenama tempatan sebagai simbol warisan budaya dan perpaduan.

Shamsul turut mengucapkan rasa syukur atas sokongan yang diterima daripada jenama tempatan yang berkongsi visi untuk mengangkat kecemerlangan Malaysia di mata dunia.

Tahun ini, KS24 dijangka mencapai tahap baru berkat kerjasama Rakan Strategik Utama dan lebih 40 Rakan Strategik yang menyokong penganjuran acara.

Penaja dan Rakan Strategik

Beberapa penaja utama turut serta menyumbang kepada tema “Bangga Malaysia” termasuk:

  • Prasarana, yang terus memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran acara dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah.
  • ERL melalui kempen "Ekspres Lah Best" dengan promosi tiket sarong khas.
  • AirAsia dengan kempen “Kenangan Malaysia Bersama AirAsia” yang menghormati akar tempatan.
  • Hotlink dengan kempen #HotlinkJaguh5GUntukmu bagi memudahkan komunikasi sepanjang acara.
  • Siti Khadijah (SK) dengan kempen "Pelikat Gaya Kita", menggabungkan fesyen tradisional dengan kontemporari.
  • HAUSBOOM dengan kempen #LokalLagiBoom, menyokong rasa Malaysia melalui minuman tempatan.
  • Bulan Bintang dengan kempen “Make Baju Melayu Great Again”, menyerlahkan keanggunan pakaian tradisional.
  • Bank Simpanan Nasional dengan kempen  "Mendukung Aspirasi Merentasi Generasi"

KS2024 turut diperkuatkan oleh penyertaan rakan komuniti seperti Infinix, UiTM Melaka, TGV Cinemas, Gardenia, dan Hi Lighter Studio, Malaysia Fashion Creativity Award (MFCA) dan lain-lain. 

Acara KS24 juga diperkukuh dengan penglibatan komuniti serta penampilan khas Noraniza Idris, ikon muzik tradisional yang akan memeriahkan suasana dengan persembahan seni etnik.

Keretapi Sarong Kembali Lagi Untuk Edisi ke-8 ! Lebih Meluas, Lebih Meriah !

Lokasi Berkumpul

Lokasi berkumpul bagi acara Keretapi Sarong 2024 adalah di stesen Subang Jaya, Putrajaya Sentral, Gombak, KL Sentral, Kajang, Ampang, TTDI, UPM dan juga Sri Damansara Sentral.

Keretapi Sarong Kembali Lagi Untuk Edisi ke-8 ! Lebih Meluas, Lebih Meriah !

Acara flash mob akan berlangsung serentak di pelbagai lokasi termasuk Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, dan di luar negara seperti Paris dan Berlin, mencerminkan sambutan ini yang kini mempunyai daya tarikan global.

Jom sertai perjalanan unik ini dan raikan sambutan yang mengangkat masa lalu dan masa depan Malaysia di persada dunia!

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran media sosial KS24 di:

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA