HalalXPlorer Logo
keretapi sarong 2024
09 September 2024

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 !

Kongsikan:

Keretapi Sarong merupakan acara tahunan yang unik dan penuh warna-warni, di mana ribuan peserta berpakaian tradisional sarong berkumpul menaiki pengangkutan awam untuk meraikan perpaduan dan warisan budaya Malaysia. Bersempena sambutan Hari Malaysia, acara ini mengetengahkan kreativiti dan identiti tempatan melalui gabungan pakaian tradisi dan keseronokan flash mob di stesen keretapi seluruh negara.

Tahun ini, acara ikonik ini bakal kembali lagi. Jika anda merancang untuk turut sama memeriahkan acara Keretapi Sarong 2024, ini yang anda perlu tahu !

Hari & Tarikh Keretapi Sarong 2024

Kebiasaannya, Keretapi Sarong diadakan pada tanggal 16 September setiap tahun bagi meraikan Hari Malaysia. Tetapi, pada tahun ini acara Keretapi Sarong 2024 diawalkan dua hari iaitu pada tanggal 14 September 2024, pada hari sabtu.

Sebab sebenar tarikh dipinda bagi edisi kali ini tidak dapat dipastikan, namun ada juga yang berkata mungkin kerana tarikh Maulidur Rasul iaitu  12 Rabi' al-Awwal turut jatuh pada 16 September 2024. Jadi, bagi menghormati tarikh yang mulia tersebut, acara ini dipinda tarikhnya.

Tema Keretapi Sarong 2024

Tema pada tahun ini adalah Bangga Malaysia (Proud Malaysia) yang mengangkat kelebihan jenama tempatan luar biasa yang membentuk identiti kolektif kita.

Menurut beliau, KS24 tahun ini membawa tema Bangga Malaysia  ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menghargai jenama sekali gus mengiktiraf peranan mereka dalam membentuk identiti Malaysia dan mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan juga antarabangsa.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 !
Kredit Gambar : LOCCO

“Tema Bangga Malaysia’ bukan sekadar tema tahun ini tetapi ia adalah kenyataan yang kukuh tentang kebanggaan negara kita terhadap jenama tempatan yang membentuk identiti. 

“Melalui Keretapi Sarong 2024, kita bukan sahaja meraikan penyatuan kita, tetapi juga mempamerkan kreativiti dan ketahanan jenama Malaysia, menjadikan mereka simbol perpaduan dan warisan budaya", katanya.

Jadi, anda boleh peragakan apa-apa sahaja dari Malaysia sama ada budaya, tarian, pakaian, makanan dan sebagainya !

Acara & Aktiviti Keretapi Sarong 2024

Acara & aktiviti utama bagi acara Keretapi Sarong 2024 kekal rahsia namun secara umumnya, Keretapi Sarong 2024 akan mempunyai pengisian seperti :

  1. Seni@Train
  2. Peragaan Busana / Fesyen sarong
  3. Pertandingan (Best Dress, Best Photo, Best Video)
  4. Pameran dan Demonstrasi
  5. Jualan Produk/ Food Truck
  6. Persembahan kesenian
  7. Joget Lambak / nyanyian beramai-ramai / berbalas pantun (sewaktu berjalan kaki ke lokasi terakhir)

Bagi menambahkan lagi kemeriahan , ratu irama Malaysia Noraniza Idris akan hadir membuat persembahan di Keretapi Sarong 2024 selari dengan suasana acara yang meraikan warisan dan budaya Malaysia.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 !
Kredit Gambar : LOCCO

Jangkaan Kehadiran Pengunjung Keretapi Sarong 2024

Lokasi Keretapi Sarong 2024

Acara utama Keretapi Sarong akan berlangsung di Kuala Lumpur, namun secara lokasinya secara tepat masih menjadi rahsia. Orang ramai yang hadir perlu berkumpul di 9 stesen-stesen MRT, ERL & LRT terpilih bermula jam 8:30 pagi sebelum akan dibawa menuju ke lokasi sebenar acara Keretapi Sarong 2024. Stesen-stesen bagi tempat berkumpul Keretapi Sarong 2024 adalah seperti berikut :

  • Subang Jaya (LRT Kelana Jaya)
  • Putrajaya Sentral (KLIA Transit & MRT Putrajaya)
  • Gombak (LRT Kelana Jaya)
  • KL Sentral (LRT Kelana Jaya)
  • Kajang (MRT Kajang)
  • Ampang (LRT Ampang)
  • TTDI (MRT Kajang)
  • UPM (MRT Putrajaya)
  • Sri Damansara Sentral (MRT Putrajaya)
keretapi sarong 2024
Lokasi Stesen Mula Keretapi Sarong 2024. Kredit Gambar : LOCCO

Menariknya, Keretapi Sarong 2024 ini sangat meriah dan meluas, acara ini turut diadakan di lokasi lain seperti :

  • Johor Bahru
  • Tumpat
  • Ipoh
  • Bukit Mertajam
  • Alor Setar
  • Paris
  • Berlin

Keretapi Sarong 2024 Alor Setar

Buat pertama kalinya, Keretapi Sarong akan singgah ke Kedah bertempat di Stesen Keretapi Lama Alor Setar pada 14 September ini. Jadi, anda yang berada di Utara boleh juga menaiki KTM Komuter Utara dari pelbagai stesen untuk tiba ke Stesen Keretapi Lama Alor Setar.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24

KS2024 Alor Setar akan menampilkan pelbagai acara bermula 12 september 2024 sehingga 16 september 2024 selaras dengan tema acara seperti jualan vendor, pertandingan mewarna, open mic dan banyak lagi !

Antara stesen mula yang anda boleh pilih ialah Padang Besar, dan juga Sungai Petani.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO

Bagi yang datang dari Sungai Petani, anda boleh berkumpul di Siar Seni (Lorong Tepi Biggy) sebelum berjalan beramai-ramai ke Stesen Keretapi Sungai Petani menuju ke Alor Setar untuk main event pada hari yang sama.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : Kolektif Biggy

Macam macam aktiviti kebudayaan, pertunjukan silat, seni tarian dan pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk semua yang join kita pada hari berkenaan!

Keretapi Sarong 2024 Johor Bahru

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : Johor Youth Hub

Di Johor Bahru pula, acara Keretapi Sarong Johor 2024 x Hab Hab Hooray akan berlangsung serentak dengan JB Car-Free Morning.

Kelainan Tahun Ini di Keretapi Sarong Johor 2024!, mereka tak ada keretapi tapi ada bas ! Disebabkan jalanraya yang ditutup bersempena dengan JB Car-Free Morning, shuttle bus akan disediakan untuk membawa pengunjung ke meeting point iaitu Mercu Tanda 0KM (Depan Pejabat POS Besar JB).

Orang ramai kemudiannya akan berjalan beramai-ramai ke destinasi terakhir, kali ini di Persada Johor.

Keretapi Sarong 2024 Kelantan

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit : KBCreativeWeek

Ini adalah kali ke-2 Keretapi Sarong turut diadakan di Kelantan. Namun, jika pada edisi lepas bertempat di Kota Bharu, edisi Keretapi Sarong 2024 kali ini akan diadakan di Pantai Ndo, Tumpat ! Apa yang lebih menarik, peserta di Kelantan kali ini benar-benar dapat menaiki keretapi !

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit : KBCreativeWeek

Berikut adalah jadual waktu keretapi yang akan berhenti di stesen Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan juga Tumpat.

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit : KBCreativeWeek

Acara Keretapi Sarong 2024 Kelantan turut diadakan bersama dengan acara Pasar Cik Siti.

Keretapi Sarong 2024 Ipoh

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : Ipoh Social Club

Di Ipoh pula, acara Keretapi Sarong akan diadakan di Stesen Keretapi Ipoh ! Jadual aturcara adalah seperti berikut :

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : Ipoh Social Club

Cari Geng Keretapi Sarong 2024

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO

Jika anda sedang mencari geng untuk keretapi Sarong 2024, pautan di bawah mungkin akan membantu anda :

LRT Laluan Kelana Jaya

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO
Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO
Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO

LRT Laluan Ampang/Sri Petaling

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO

MRT Laluan Kajang

MRT Laluan Putrajaya

ERL KLIA Transit

Ini Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Pergi ke Keretapi Sarong 2024 ! TIPS AND EVERYTHING YOU NEED TO KNOW BEFORE GOING TO KERETAPI SARONG 2024 KS24
Kredit Gambar : LOCCO

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA