HalalXPlorer Logo
keretapi sarong 2024 selamat dari bencana
09 September 2024

Destinasi Keretapi Sarong 2024 Jauh Dari Lokasi Bencana, Dijangka Lebih 12,000 Peserta Hadir !

Kongsikan:

Lebih 12,000 peserta dijangka memeriahkan program Keretapi Sarong 2024 (KS2024) pada 14 September ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.

Tema Keretapi Sarong 2024

Pengarah program KS2024, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, program mengangkat tema 'Bangga Malaysia' bagi menghargai jenama tempatan, sekali gus mengiktiraf peranan mereka dalam membentuk identiti Malaysia di samping mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

Destinasi Keretapi Sarong 2024 Jauh Dari Lokasi Bencana, Dijangka Lebih 12,000 Peserta Hadir !


"Tema ini merupakan kenyataan yang kukuh tentang kebanggaan negara kita terhadap jenama tempatan yang membentuk identiti.


"Melalui KS2024, kita bukan sahaja meraikan penyatuan, tetapi juga mempamerkan kreativiti dan ketahanan jenama Malaysia, menjadikan mereka simbol perpaduan dan warisan budaya,” katanya dalam sidang media program berkenaan.

Kehadiran Ratu Irama Malaysia

Shamsul Bahrin yang juga pengasas bersama LOCCO berkata, bagi menambahkan lagi kemeriahan KS2024, pihaknya menampilkan ratu irama Malaysia Noraniza Idris selari dengan suasana acara yang meraikan warisan dan budaya Malaysia.

Destinasi Keretapi Sarong 2024 Jauh Dari Lokasi Bencana, Dijangka Lebih 12,000 Peserta Hadir !


"Beliau akan membawa sentuhan budaya yang autentik ke sambutan ini, memperkukuh hubungan acara ini dengan warisan Malaysia,” katanya.

9 Stesen Terpilih


Menjelaskan lebih lanjut acara KS2024 yang sudah memasuki tahun kelapan penganjurannya, beliau berkata, flash mob atau persembahan kilat, antara yang dinanti-nantikan peserta dan akan diteruskan tahun ini, melibatkan sembilan stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL).

Destinasi Keretapi Sarong 2024 Jauh Dari Lokasi Bencana, Dijangka Lebih 12,000 Peserta Hadir !

Katanya, persembahan yang akan dilakukan secara serentak di kesemua stesen terbabit akan diketuai oleh kumpulan sukarelawan di setiap lokasi, menuju destinasi akhir yang dirahsiakan.

Stesen yang terbabit dalam KS2024 ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, LRT Gombak, Putrajaya Sentral, KL Sentral, Transit Aliran Massa (MRT) Kajang, LRT Ampang, MRT TTDI, MRT UPM dan MRT Damansara Sentral.

Lokasi Selamat & Jauh Dari Bencana

Masih mengekalkan Kuala Lumpur sebagai destinasi akhir, Shamsul Bahrin berkata walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku di ibu kota baru-baru ini, pihaknya telah menjalankan kajian bagi memastikan lokasi yang dipilih merupakan kawasan selamat.


"…sudah pasti kawasan (peserta) berkumpul terletak jauh dari tempat yang terlibat dengan bencana baru-baru ini,” katanya.

Turut Diadakan di Lokasi Lain


Selain acara utama di Lembah Klang, flash mob serentak juga akan berlangsung di lokasi terpilih, iaitu di Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar serta dua lokasi luar negara, iaitu Paris di Perancis dan Berlin, Jerman.

Jom bersiap sedia untuk menzahirkan rasa cinta anda terhadap Malaysia dengan cara yang paling meriah dan mengujakan. Mari kita bersama-sama jadikan acara tahun ini paling bermakna untuk semua

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA