Bali, destinasi impian ramai, mungkin bakal jadi lebih mahal untuk korang lawati! Pihak berkuasa pulau ini sedang merancang untuk mengenakan cukai pelancongan harian kepada pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia. Khabarnya, caj boleh mencecah sehingga RM450 sehari! Haa, memang kena fikir banyak kali sebelum packing bag ni.

Kenapa Tiba-Tiba Nak Kenakan Cukai Harian?
Bali Nak Jadi Bhutan 2.0? Cukai Harian Sampai RM450 Untuk Pelancong!
Menurut laporan CNN Indonesia, beberapa pemimpin Bali terinspirasi dengan model Bhutan, yang menetapkan caj USD100 (sekitar RM446) sehari kepada setiap pelancong asing. Tujuannya? Untuk menarik "pelancong berkualiti" dan mengurangkan kehadiran pelancong bajet atau lebih dikenali sebagai "turis sandal jepit" oleh penduduk tempatan.

Ketua Bali Marginal Tourism Alliance, Puspa Negara, menyatakan bahawa sistem ini boleh membantu meningkatkan kualiti pelancongan di pulau tersebut. Katanya, "Dah sampai masa Bali berubah ke arah pelancongan berkualiti dengan memperkukuh destinasi dan sumber manusia."
Kesan Kepada Pelancong Malaysia
Kalau korang selalu bercuti di Bali, perubahan ni mungkin menyakitkan poket. Sebelum ni, pelancong asing hanya perlu bayar IDR150,000 (lebih kurang RM40) sekali sahaja. Tapi dengan sistem baru ni, korang mungkin kena bayar RM450 sehari!

Bayangkan kalau nak stay selama 5 hari, cukai pelancongan je boleh cecah RM2,250! Tu belum kira hotel, makan, shopping, dan kos aktiviti lain. Hmm, mungkin dah tiba masa explore tempat lain yang lebih mesra bajet?
Reaksi Penduduk Tempatan
Bukan semua orang happy dengan cadangan ni. Tapi bagi peniaga tempatan, mereka sokong penuh! Menurut laporan The Bali Sun, ramai peniaga mengadu yang pelancong bajet ni tak banyak berbelanja, jadi ekonomi tempatan pun tak berkembang.

Tapi, ada juga yang risau perubahan ni boleh mengurangkan jumlah pelancong dan akhirnya merugikan sektor pelancongan Bali sendiri.
Apa Kata Pemimpin Bali?
Gabenor Wayan Koster sebelum ni dah mencadangkan sistem kuota pelancong untuk kawal jumlah pelancong asing yang masuk setiap tahun. Bekas Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno, juga sokong idea ni.

Baru-baru ni, Senator Ni Luh Djelantik turut menggesa kerajaan Indonesia supaya laksanakan model pelancongan Bhutan di Bali. Beliau percaya langkah ni boleh bantu memelihara keindahan dan budaya tempatan.
Worth It Ke?
Bali memang syurga pelancongan, tapi kalau cukai pelancongan jadi terlalu tinggi, boleh ke ia kekal jadi destinasi pilihan? Atau korang rasa lebih baik cari alternatif lain yang lebih mesra poket? Apa pendapat korang? Jom share kat komen!