HalalXPlorer Logo
raptai hari kebangsaan 2024
26 August 2024

Raptai Penuh Sambutan Merdeka Bermula 27 Ogos 2024

Kongsikan:

Acara sambutan merdeka atau lebih tepat Hari Kebangsaan bakal berlangsung pada 31 Ogos 2024 di Dataran Putrajaya. Acara tersebut dijadualkan bermula pada jam 7 pagi.

Pastinya ramai yang akan berpusu-pusu hadir ke acara tersebut. Pasti juga ada di antara kita yang lebih memilih untuk sekadar hadir ke raptai acara tersebut untuk mengelakkan diri dari bersesak pada hari acara sebenar. Tapi, persoalannya, bilakah raptai hari kebangsaan 2024 ?

Raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung selama tiga hari, dari 27 hingga 29 Ogos di Dataran Putrajaya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan raptai penuh tersebut dinasihatkan agar mematuhi arahan pada papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut, memandangkan penutupan jalan akan dilakukan bermula 5 pagi 26 Ogos 2024.

Raptai Penuh Sambutan Merdeka Bermula 27 Ogos 2024

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

KLIK DISINI : RUJUK SENARAI PENUH PENUTUPAN JALAN DI PUTRAJAYA

Laluan perarakan Hari Kebangsaan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Masjid Putra di Putrajaya telah siap diatur pada 22 Ogos.

Perbadanan Putrajaya selaku tuan rumah tahun ini sedang melakukan kerja-kerja pengalihan pasu bunga sepanjang laluan perarakan untuk memastikan acara berjalan lancar.

Raptai Penuh Sambutan Merdeka Bermula 27 Ogos 2024

Perarakan ini dirancang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan setiap tahun ia mempunyai keunikannya tersendiri, termasuk elemen kejutan. Datanglah pada 31 Ogos ini. Sekitar 8,000 kerusi serta 100 reruai penjaja disediakan untuk pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA