Sebanyak 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup bermula 26 hingga 29 Ogos ini bagi memberi laluan kepada raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya. Penutupan 21 jalan itu bermula jam 5 pagi hingga 11 pagi.
Jalan Ditutup 26 Ogos - 29 Ogos 2024
Antara 21 jalan yang ditutup adalah Laman Perdana, Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana, Jalan P3C/Persiaran, Jalan P3F/Persiaran Perdana, Jalan Kemerdekaan/Jalan P3G, Jalan P4B/ Persiaran Perdana dan Lebuh Setia/Jalan Perpaduan.
Selain itu, jalan lain yang ditutup adalah Lebuh Perpaduan/Lebuh Saujana, Lingkaran Gemilang/Persiaran Perdana, Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein, Lebuh Setia/Persiaran Perdana, Jalan Kemerdekaan/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana, Jalan P2P/Persiaran Perdana, Lebuh Bestari/Jalan P2F, Jalan P2S/Persiaran Perdana, Jalan P2W/ Persiaran Perdana dan Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana.
Tambahan Jalan Ditutup Pada 30-31 Ogos 2024
Pada 30 Ogos pula, penutupan jalan bermula jam 7 petang membabitkan laluan-laluan ke Core Island. Terdapat 10 jalan utama akan ditutup sepenuhnya pada 31 Ogos bermula jam 5 pagi hingga 11 pagi atau sehingga selesai acara sambutan Hari Kebangsaan.
Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).
Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan tiba awal di tapak Sambutan Hari Kebangsaan selain dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik.
Perkhidmatan itu disediakan secara percuma dengan kekerapan masa 15 minit dari tiga lokasi berbeza, selain perkhidmatan transit aliran massa (MRT) Putrajaya Line yang disediakan seawal jam 4 pagi dan perkhidmatan teksi air yang disediakan seawal jam 5 pagi dari tiga laluan berbeza.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan atau kawasan yang akan menyebabkan gangguan lalu lintas.
Justeru, pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dimohon untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk perjalanan yang lancar dan selamat.
Senarai penuh penutupan jalan terlibat boleh disemak menerusi pautan https://www.facebook.com/share/jpXhCx5yM67GqwqP/?mibextid=CTbP7E
Selain itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang Merdeka360 di www.merdeka360.my atau mengunjungi laman media sosialnya di Facebook, Twitter dan juga X, bagi memperoleh maklumat lanjut berkaitan sambutan Hari Kebangsaan.
Untuk lebih mudah, Rancang penjalanan anda dengan menggunakan aplikasi Waze bagi mengelak kesesakan disebabkan penutupan jalan-jalan utama di sekitar Putrajaya bersempena dengan raptai dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan sehingga 31 Ogos 2024.
https://www.waze.com/.../malaysia-national-day-MY-2024-08-30