HalalXPlorer Logo
raptai sambutan hari kebangsaan 2024
26 August 2024

Tarikh Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2024 ! Rancang Perjalanan Anda !

Kongsikan:

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Tahun ini, acara tersebut bakal diadakan di Putrajaya. Mesti ramai nak pergi tengok kan? Tapi disebabkan terlalu ramai bakal menghadiri acara tersebut, ada juga antara kita memilih untuk datang pada hari raptai sahaja kan ? Persoalannya, bilakah rapat sambutan hari kebangsaan tahun ini ?

Haaa, raptai sambutan hari kebangsaan bakal diadakan buat beberapa hari. Berikut adalah jadual tarikh raptai sambutan hari kebangsaan 2024.

TarikhAcara
26 Ogos 2024Raptai Skeleton
27 Ogos 2024Raptai 1
28 Ogos 2024Raptai 2
29 Ogos 2024Raptai Penuh
30 Ogos 2024Rehat
31 Ogos 2024Sambutan Hari Kebangsaan 2024

Harap dengan jadual ini dapat membantu anda membuat perancangan.

Tetapi, berikutan raptai dan acara sambutan hari kebangsaan nanti, sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 26 Ogos.

Tarikh Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2024 ! Rancang Perjalanan Anda !

Penutupan 21 jalan tersebut akan bermula pada pukul 5 hingga 11 pagi setiap hari sehingga 29 Ogos.

Tarikh Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2024 ! Rancang Perjalanan Anda !

Jadi, orang ramai yang ingin menyaksikan raptai penuh tersebut agar mengikuti arahan pada papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut berikutan penutupan jalan.

Tarikh Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2024 ! Rancang Perjalanan Anda !

Antara jalan yang terlibat ialah Laman Perdana, Lebuh Wawasan dan Lebuh Bestari (arah Jalan Tun Abdul Razak), Jalan P2K, Jalan Pembangunan, Jalan P3C, Jalan P3F, Jalan P4B serta Lingkaran Gemilang1 (arah Persiaran Perdana).

Rancang penjalanan anda dengan menggunakan aplikasi Waze bagi mengelak kesesakan disebabkan penutupan jalan-jalan utama di sekitar Putrajaya bersempena dengan raptai dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan sehingga 31 Ogos 2024.

Klik Disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA