HalalXPlorer Logo
buffet ramadan 2025
01 February 2025

Baru Tahu, Rupanya 'Buffet Ramadan' Tak Boleh Digunakan Suka Hati !

Kongsikan:

Tahu Tak? Premis Tanpa Sijil Halal Tak Boleh Guna Perkataan ‘Buffet Ramadan’

Setiap kali Ramadan menjelang, promosi buffet berbuka puasa mula memenuhi media sosial dan laman web hotel serta restoran. Namun, tahukah anda bahawa tidak semua premis boleh menggunakan istilah seperti “Buffet Ramadan” dalam iklan mereka?

Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, mana-mana premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilarang menggunakan istilah atau frasa yang boleh mengelirukan pengguna, termasuk:

  • Makanan orang Islam
  • Buffet Ramadan
  • Iftar Ramadan
  • Jom sahur
  • Jom iftar
  • Set Ramadan
  • Muslim Friendly
  • Selera Rasa Ramadan
  • Selamat Berbuka Puasa
  • Ramuan diperbuat daripada kilang yang dipersijilkan halal

Oleh sebab itu, anda mungkin perasan bahawa banyak hotel dan restoran menggunakan nama kreatif seperti "Sajian Warisan", "Bufet Nusantara", "Citarasa Serantau", dan sebagainya. Ini bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan istilah berkaitan Ramadan jika premis mereka tidak memiliki sijil halal.

Jika ada premis yang didapati melanggar peraturan ini, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011.

Jadi, sebagai pengguna yang bijak, jika anda ingin berbuka puasa di hotel atau restoran, periksa dahulu sama ada mereka mempunyai sijil halal yang sah. Premis yang benar-benar memiliki Sijil Halal Malaysia akan menggunakan istilah "Buffet Ramadan" dalam promosi mereka.

Sebarang aduan mengenai penyalahgunaan istilah halal boleh dibuat kepada pihak berkuasa melalui:

Kesedaran tentang halal bukan hanya terhad kepada makanan, tetapi juga melibatkan kepercayaan dan keyakinan umat Islam dalam memilih tempat makan yang sesuai. Semoga perkongsian ini membantu anda membuat pilihan yang lebih baik pada Ramadan nanti.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA