HalalXPlorer Logo
airasia free seats promotion
13 March 2025

13 'Trick' Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

Kongsikan:

Siapa tak suka dapat tiket kapal terbang FREE? AirAsia memang selalu buat promosi tempat duduk percuma yang boleh jimatkan duit poket korang. Tapi, siapa cepat dia dapat! Kalau lambat, memang kena gigit jari.

So, ini 13 trick power untuk korang rebut seat percuma dengan lebih pantas dan jadi ‘master’ dalam dunia hunting tiket murah!

1. Register Akaun AirAsia BIG Shot

Jangan buang masa key-in details masa checkout. Register akaun AirAsia BIG siap-siap supaya tempahan korang jadi lebih smooth dan pantas. Lagi best, korang boleh kumpul points untuk tebus flight free nanti!

2. Daftar BIG Paay

BIG Paay ni macam e-wallet khas untuk pengguna AirAsia. Save info kad debit/kredit siap-siap supaya masa checkout nanti, korang tak payah key-in panjang-panjang. Just klik, masukkan CVV, dan terus bayar!

3. Rancang Awal – List Nama Travel Buddy

Jangan jadi clueless! List siap-siap siapa yang nak pergi bersama. Masukkan nama travel buddy dalam akaun AirAsia korang under ‘My Friends & Family’. Nanti masa booking, tinggal pilih je!

4. Fleksibel Dengan Destinasi

Jangan terlalu fixated dengan satu destinasi je. List beberapa tempat lain yang korang nak pergi. Kalau plan A tak dapat, terus switch ke plan B atau C.

5. Gunakan Mobile App AirAsia

Kadang-kadang website boleh jammed sebab ramai orang masuk serentak. Gunakan AirAsia Mobile App untuk tempahan yang lebih pantas dan lancar.

6. Elakkan Waktu Puncak

Kalau boleh, tempah tiket awal pagi antara jam 2-4 pagi. Waktu ni trafik rendah, jadi lebih mudah nak grab seat free.

7. Fahami Harga Tempat Duduk Percuma

Jangan tertipu! Harga ‘Free Seat’ ada base fare RM0, tapi korang masih kena bayar airport tax & fees. Contoh, tiket ke Bangkok hanya RM40.92 sebab yang korang bayar cuma cukai.

8. Disable Pop-Up Blocker

Pastikan pop-up blocker korang disable sebelum buat tempahan. Kadang-kadang pop-up untuk pembayaran tak keluar sebab blocker on.

9. Jangan Buka Banyak Tab

Buka banyak tab konon nak compare harga? Tak perlu! Ini boleh buat sistem detect spam dan korang mungkin kena ‘Waiting Room’. Gunakan satu tab je.

10. Jangan Refresh Bila Kena ‘Waiting Room’

Bila korang masuk ‘Waiting Room’, jangan tekan refresh! Ini boleh reset queue dan buatkan korang lagi lambat masuk ke page booking.

11. Gunakan Banyak Device

Kalau korang serius nak dapat tiket free, gunakan beberapa device serentak – laptop, phone, tablet. Lebih banyak percubaan, lebih tinggi peluang berjaya.

12. Pilih Value Pack Untuk Penjimatan Extra

Kalau nak tambah luggage, makan, atau seat pilihan, ambil Value Pack masa booking. Harga lebih murah berbanding add-on kemudian.

13. Gunakan Shortcut Link Promosi

Selalu AirAsia akan bagi shortcut link khas untuk promosi. Simpan link ni supaya korang tak payah masuk website utama dan boleh terus ke page booking.


Dengan 13 trick ni, confirm korang boleh jadi ‘legend’ dalam rebut tiket free AirAsia! Ingat, siapa cepat dia dapat. So, bersedia dari sekarang dan good luck hunting tiket murah!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA