Siapa kata nak dapat pemandangan laut biru kena habiskan banyak duit dan pergi jauh macam ke Maldives dan Bora-Bora?
Sebenarnya, di Malaysia pun ada jer pulau-pulau yang menawarkan pemandangan laut indah. Nak menginap di pulau pula, tak semua resort mahal-mahal. Ada jer resort harga marhaen atau harga B40, tapi bagi pemandangan T20 weh !
Salah satunya adalah Pulau Redang. Kat sini anda boleh menginap di Wisana Village. Nak pergi sini dari Jeti Merang dalam 30-40 Minit sahaja, boleh dapat view laut biru sangat.
Boleh ambil pakej 3 Hari 2 Malam, paling sesuai lah tu. Tak rushing, tak lapang sangat. Memang ngam jer dan berbaloi. Pakej ni dah Termasuk dengan boat transfer pergi dan balik ke Jeti Merang, dan bilik penginapan. Ikut lah kan bilik jenis apa yang kita nak.
Untuk makan pula, memang dah termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Kalau jenis makan sentiasa, ada free flow teh & kopi, bijirin dan roti.
Sini ada 10 unit bilik jer, so tak ramai orang. Boleh buat macam pantai milik sendiri.
Bab bilik, sememangnya ruang bilik di resort ini biasa-biasa saja. Tetapi tetap selesa ya. Lagipun, kita ke sini tujuannya untuk melihat pantai dan laut, bukannya bilik kan !
Pertanyaan lanjut dan tempahan boleh email mereka atau klik saja laman sesawang mereka di :
wisana.reservation@gmail.com | https://wisanavillage.com/the-resort/