HalalXPlorer Logo
Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya
25 February 2022

Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya

Kongsikan:

Selalunya kalau kita nak beli tiket 'flight' atau tiket penerbangan ni, mesti kita beli awal sebab nak murah. Kadang kadang terpaksa elakkan tarikh penerbangan pada hujung minggu atau cuti panjang. Sebab tarikh-tarikh ni mahal ya ampun!

Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya

Ada juga tips kata kita perlu buka incognito tabs sewaktu carian tiket penerbangan, atau perlu buat carian pada malam hari tertentu. Ada juga waktu, lepas kita 'refresh' carian, terus berubah mendadak harganya.

Persoalannya, dah kenapa ya harga tiket flight ni asyik berubah-ubah dan tak tetap? Tak boleh ke tetapkan pada satu harga, seperti kenderaan awam lain macam bas ekspres ?

Harga Tiket Mengikut Kelas Penerbangan

Kenapa Harga Tiket Flight Berubah-Ubah dan Tak Boleh Tetap? Ini Sebabnya

Setiap pesawat penerbangan mempunyai kelasnya tersendiri seperti ekonomi, bisnes, dan kelas pertama. Itu yang kita nampak. Tetapi, sebenarnya, setiap kelas ini kemudiannya dibahagaikan kepada beberapa sub-kelas dan dilabel dengan abjad seperti T,V, K, Y dan sebagainya. Kadang-kadang kita nampak kita hanya beli tiket ekonomi tetapi ekonomi sendiri itu pun ada banyak kategori atau kelas. Sebab itu harganya berbeza.

Kelas penerbangan dan kuotanya berbeza mengikut penerbangan dan jenis pesawat yang digunakan. Sebagai contoh, kelas ekonomi di pesawat Boeing 777-300ER di Amerika terbahagi kepada  :

  • W dan P: Ekonomi Premium
  • Y, H, K, M, L, G, V, S, N, Q, O dan E: Ekonomi
  • B: Ekonomi Asas (Basic/Lite)

Beza kelas Y, H, K, M, L, G, V, S, N, Q, O dan E di dalam kelas ekonomi tersebut biasanya adalah 'mata ganjaran' yang anda akan dapat dari penerbangan tersebut (Sekiranya anda adalah ahli kepada program kesetiaan syarikat penerbangan).

Jadi, kadang-kala kita tengok harga berubah tu, mungkin sebelum ini harga ekonomi kelas lain tapi dah habis, jadi berubah kepada harga ekonomi kelas lain pula yang masih banyak kuota tidak terjual. Pada mata kita nampak sama sahaja ekonomi juga kan, tetapi syarikat penerbangan dan staf tahu perbezaannya.

Laluan Popular VS Tidak Popular

Syarikat penerbangan menggunakan sistem 'Dynamic Pricing'. Bermakna harga tiket ini berubah-ubah mengikut tawaran & permintaan (Supply & Demand). Senang kata, lebih banyak tempahan maka lebih mahal harga tiket kerana kuota tawaran sudah semakin habis dikala permintaan masih tinggi. Jadi, siapa nak juga perlu sanggup bayar lebih.

Penerbangan dari satu destinasi ke destinasi lain dipecahkan kepada 2 jenis iaitu route atau laluan popular dan route tidak popular. Laluan popular adalah penerbangan yang paling banyak penerbangannya, manakala laluan tidak popular adalah sebaliknya.

Kebiasaannya, laluan popular ini akan mengalami perubahan harga tiket yang paling banyak, bergantung kepada jumlah tempahan.

Misalnya, Kuala Lumpur ke Singapura adalah penerbangan laluan popular, maka semakin banyak tempahan dibuat, semakin mahal harga tiket. 

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA