Nak menginap dengan selesa tak semestinya perlu tempah hotel yang mahal-mahal. Tak dinafikan, hotel berbintang 5 memang ada kelebihan tersendiri. Tetapi, tak bermakna hotel-hotel bajet teruk sangat ya.
Salah satu hotel bajet yang anda boleh menginap di Kuala Lumpur adalah Santa Grand Hotel berhampiran Kasturi Walk di Pasar Seni Kuala Lumpur.
Hotel ini pernah dikenali sebagai Sisi Seni Hotel dan kini diambil alih oleh Santa Grand iaitu kumpulan rangkaian hotel butik dari Singapura.
Tarikan utama di Santa Grand Hotel Central Market ini sudah pastinya adalah 'rooftop' dan juga kolam renang yang terletak di rooftop tersebut.
Keluasan bilik disini juga agak memuaskan jika bagi sebuah hotel bajet. Yang lebih utama, adalah bilik-bilik ini dihias dengan elegan, kemas dan bersih.
Sekali pandang, memang tak ada rupa seperti hotel bajet.
Jadi, anda mungkin boleh memasukkan hotel ini sebagai salah satu penginapan bajet yang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan di Kuala Lumpur.
Lokasi
Santa Grand Hotel Central Market, No 1 & 3, Lebuh Pudu, Laluan Kasturi, 50050, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur