HalalXPlorer Logo
dapur cipuk
17 October 2022

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi !

Kongsikan:

Selalunya bersarapan dengan nasi lemak dan roti canai jer kan. Apa kata cuba kelainan sikit.

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Ini adalah Warung DAPUR CIPUK, terletak di Kampung Penchu, Tangkak, Johor. Nampak macam warung biasa? Sebenarnya tidak.

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Makanan kat kedai ni memang sedap dan susah nak dijumpai di tempat lain. Selain daripada masakan kampung, mereka menghidangkan juga makanan dari Vietnam dan juga menu fusion. Semuanya memang sedap !

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Antara yang unik adalah Pho Vietnam, Laksa Vietnam, Vietnam spring roll, Mee Kari Tetel, Mee Rebus Tetel, Lontong Ayam, Soto Ayam, Spaghetti Daging Salai.

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Bagi Pho Vietnam ni, dia sebenarnya adalah mee sup lah kalau versi kita. Tetapi sup Vietnam ni lain sikit ditambah pula dengan taburan bunga ketumbar menghasilkan rasa sup yang unik.

Laksa Vietnam pula .memang sedap berlemak seperti masak lemak putih, ditambah pula dengan taburan daging cincang. Terbaik !

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Mee Kari tetel & Mee Rebus Tetel juga adalah menu yang wajib anda cuba disini. Kuahnya pekat, pekat,berlemak, ditambah dengan daging tetel yang lembut bergoyang - goyang. Memang padu !

Warung Ini Menyediakan Makanan Vietnam & Spaghetti Daging Salai Untuk Menu Sarapan Pagi ! Dapur Cipuk
?DAPUR CIPUK

Paling unik disini adalah menu fusion Spaghetti Daging Salai. Spaghetti yang lemak berkrim, dimakan bersama daging salai yang lembut dan beraroma. Terbaik !

Nak tahu apa rasa bagi menu-menu lain? Haa untuk itu anda wajib datang sendiri ke Dapur Cipuk ini.

Menu & Harga Dapur Cipuk

  • Mee Pho Vietnam - RM 6
  • Vietnam Spring Roll - RM 6
  • Laksa Vietnam - RM 10
  • Mee Kari Tetel - RM 8
  • Mee Rebus Tetel RM 8
  • Lontong Ayam Berempah - RM 8
  • Soto Ayam Berempah - RM 5.50
  • Spaghetti Daging Salai - RM 10
  • Kopi Vietnam - RM 3.50 (Ais - RM4)

Alamat

?Dapur Cipuk, Jln Bukit Serampang, Kampung Penchu, 84700, Johor

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

013-723 2627

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA