HalalXPlorer Logo
02 March 2022

Kopi Senget di Banting Ini Buat Anda Jatuh Cinta Pada Kopi

Kongsikan:

Kebiasaannya, kafe-kafe yang cantik dan gah atau orang biasa panggil 'kafe hipster' buatkan ramai orang tak berani untuk memikirkan pasati kopi dan makanannya dijual pada harga kayangan.

Kadang-kadang kalau ada duit pun tak berani nak masuk juga disebabkan tak tahu bagaimana cara untuk membuat pesanan (order).

Itulah yang difikirkan oleh Amirul Iskandar, seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini merupakan pemilik kepada kafe Kopi Senget.

Beliau sengaja membina sebuah kafe kecil yang ringkas supaya dapat mengajak lebih ramai dan pelbagai golongan untuk menikmati keunikan rasa kopi seterusnya dapat belajar dan mencintai rasa kopi sebenar.

Kopi Senget di Banting Ini Buat Anda Jatuh Cinta Pada Kopi

Beliau membina kafe kecil ini sendiri. Di pertengahan proses pembinaan, bangunan ini tampak sedikit senget. Maka terhasillah nama Kopi Senget yang akhirnya kekal sehingga ke hari ini.

Selain daripada kopi, kafe ini juga menghidangkan pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut yang enak.

Lokasi

? Kopi Senget, Lot 239, Batu 11 1/4, Jalan Klang Banting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA