MAHA 2024 (Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism) adalah pameran pertanian terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Acara ini bertujuan untuk mempromosikan sektor pertanian negara, termasuk inovasi, teknologi, dan peluang dalam bidang hortikultur dan agropelancongan. MAHA 2024 akan menjadi platform penting bagi usahawan, petani, pengeluar makanan, dan pemain industri lain untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka serta berhubung dengan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara.
Selain pameran produk dan teknologi terkini dalam bidang pertanian, MAHA juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi pertanian, sesi seminar, dan pameran haiwan ternakan. MAHA menjadi acara yang dinantikan oleh pelbagai golongan masyarakat, termasuk pelajar, peladang, pengusaha industri makanan, dan orang ramai yang berminat dalam pertanian moden.
Acara ini juga menampilkan aspek pelancongan agro, di mana pengunjung berpeluang melihat kawasan ladang dan menikmati hasil pertanian segar. MAHA 2024 dijangka akan menarik jutaan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara yang inovatif dalam sektor pertanian.
MAHA 2024 berlangsung dari 11-22 September 2024, bertempat di MAEPS Serdang. Jika anda merancang untuk hadir memeriahkan acara MAHA 2024, ikuti 15 tips yang disediakan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini.
Kalau berjalan-jalan memang selalunya kita melaram. Tetapi untuk ke MAHA ini fikirkan keselesaan berbanding kecantikan ya. Jangan pakai baju tebal, warna gelap dan sebagainya. Pakai baju dan seluar yang tidak serap banyak haba. Elakkan pakai kain sebab menyukarkan anda berjalan.
Selain itu, pakai kasut yang anda paling selesa. Elakkan kasut tumit tinggi dan lain-lain. Rasanya, mungkin lebih 30,000 langkah juga anda akan lalui di MAEPS.
Memang berguna payung ni. Kalau panas, boleh lindung. Kalau hujan pun boleh lindung. Simple mimple . Nak pakai topi pun tak apa kalau elak panas, tapi kalau hujan tak dapat tolonglah yer.
Jika anda membawa anak kecil, anda digalakkan untuk membawa stroller ataupun carrier. Hal ini akan memudahkan pegerakan ibu bapa kerana tidak perlu mendukung dalam jangka masa panjang.
Kalau anak dah boleh berjalan sekalipun, disebabkan kawasan ini yang sangat luas dan padat dengan pengunjung, pasti sukar untuk kita mengawal pergerakan anak-anak dan menyebabkan mereka hilang.
Jadi, lebih selamat jika ada stroller. Cumanya stoller lipat lah paling bagus sebab nanti nak naik tram, naik tangga jenuh juga. Carrier lagi terbaik.
Kalau jenis anak tidak mahu duduk dalam stroller atau anak di usia sekolah rendah, pastikan anak-anak anda berada dalam kawalan anda. Jegilkan mata anda jika perlu.
Tapak luas, dan orang ramai. 2 faktor ini saja memang cukup untuk membuatkan 'urusan peribadi' anda terganggu. Kawasan yang luas menyebabkan anda sukar mencari tandas. Kena berjalan ya mencari tandas, kalau jumpa pun sangat terhad dan kena menunggu giliran.
Bila dah sampai tandas, kemungkinan air sangat perlahan disebabkan ramai yang menggunakannya. Tandas jenis 'portable' pun kadang kala berbau sebab air tak cukup untuk membasuh.
Jadi, anda selesaikan dahulu apa yang patut di luar ya. Sama ada di rumah, di stesen minyak atau di mana-mana saja.
Pesan juga kepada anak-anak untuk buang apa yang patut dahulu. Anak-anak lebih sukar. Anda mungkin boleh menahan, tetapi mereka tidak boleh. Jadi, sediakan lah apa yang patut. Botol air ker, tisu basah ker. Kalau boleh pakaikan lampin lagi bagus.
Terutamanya Muslimah. anda perlu membawa kelengkapan solat seperti telekung sendiri kerana jumlah telekung yang disediakan sangat terhad. Jadi, jika ada telekung sendiri tak perlu menunggu giliran yang memakan masa.
Membawa telekung sendiri juga dapat mengurangkan risiko anda daripada terkena jangkitan COVID-19.
Surau yang tidak terlalu ramai adalah surau di dalam dewan D dan surau berhampiran Pavilion Negeri.
Jika anda seorang pencinta produk agro ataupun memiliki kebarangkalian untuk berbelanja sakan, anda dinasihatkan untuk membawa troli, beg besar ataupun bakul pasar. Barang-barang yang dibeli boleh dimasukkan dalam satu tempat sahaja dan memudahkan pergerakan anda.
Kena ingat, diskaun yang ditawarkan pada waktu pameran ini bukan calang-calang tetapi tiada siapa yang sanggup melihat anda mengangkat pasu yang beratnya lebih 2 kg ke hulu ke hilir.
Pastikan anda tidak memiliki rancangan lain selepas mengunjungi pameran ini supaya anda lebih relaks dan tidak perlu tergesa-gesa sewaktu ke MAHA 2022 ini. Anda boleh berjalan-jalan, makan-makan, solat dan berehat dalam keadaan yang tenang.
Sekurang-kurangnya separuh hari juga akan dihabiskan disini. Kalau kalut-kalut pun tak seronok juga.
Jangan merasa segan untuk merasa ‘tester’ makanan yang ditawarkan sewaktu pameran ini berlangsung. Makan sikit-sikit dari berlainan 'vendor' pun lama-lama boleh kenyang tau.
Tram & Bas Rapid ini ada banyak. Kiranya, tram ni 'cover' keseluruhan kawasan MAEPS cuma mengikut laluan dan anda kena 'transit' atau tukar tram jika destinasi anda tak sama dengan laluan tram.
Jadi, nanti anda kena tengok betul-betul laluan tram ini dan destinasinya. Ada laluan A,B,C,D & E. Memang kena ada peta di dalam telefon untuk rujuk destinasi anda nak pergi menggunakan tram laluan yang mana.
Nak naik tram ini, jangan berebut sebab boleh tahan banyak. Boleh kata dalam 5 minit sekali. Tapi, kalau anda dari tempat letak kenderaan, 'parking' lah jauh sikit supaya ada chance masuk tram awal sebelum orang lain. Haaa, ada lah kosong tu.
Kalau 'parking' dekat sangat nanti tram dah penuh dulu dah. Lambai jer ler.
Anda digalakkan untuk datang seawal pameran bermula iaitu jam 10.00 pagi. Anda boleh memilih tempat parkir yang disukai dan dapat menikmati kunjungan anda sewaktu tempat pameran kurang sesak. Tambahan lagi, waktu pagi tak adalah panas terik sangat kan. Boleh berjalan dengan lebih selesa.
Pengunjung di MAHA 2024 sangat ramai. Dijangkakan 3 juta pengunjung bakal membanjiri MAEPS Serdang sepanjang hari penganjuran. Jadi, di tengah kesesakan orang ramai dan tapak yang sangat luas itu anda perlu menjaga anak-anak anda sebaiknya. Pastikan mereka berada di bawah pengawasan anda.
Jangan lupa gunakan tanda pagar ataupun hashtag #100TahunMAHA2024 dan juga #MAHA2024, barulah hasil gambar anda lebih senang ditemukan.
Telefon bimbit memang sangat penting sekarang. Untuk bergambar serta video, untuk semak maklumat, peta lokasi, pembayaran QR dan macam-macam lagi. Kalau habis bateri telefon bimbit, memang susah kerja. Jadi, jangan lupa bawa bersama powerbank untuk memastikan bateri telefon bimbit anda sentiasa banyak !
Sediakan kipas mini yang mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, tolong bawa botol air dan airnya sekali untuk elak dehidrasi. Air isotonik atau apa-apa. Tapi yang terbaik dan murah air mineral jer.
Panasnya Malaysia ni bukan main-main ya.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penganjuran MARA 2024, sila layari laman web rasmi MAHA di alamat https://mahaofficial.my/
Ikuti saluran berikut untuk info terkini :
- Facebook Expo MAHA
- Instagram mahaofficialmy
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian bawah:
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon:+(60)3-88701954/1958/1960
E-mel: sekretariatmaha@kpkm.gov.my