Membeli tiket penerbangan mungkin nampak mudah bagi ramai orang, tekan tekan saja kemudian siap. Tetapi sebenarnya ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna. Ini kerana, terdapat banyak maklumat ketika tempahan dibuat akan mempengaruhi perjalanan kelancaran perjalanan anda.
Walaupun kesalahan yang sering dilakukan nampak remeh, tetapi percayalah kesalahan yang nampak seperti remeh temeh itu akan memberi kesan yang besar. Ini 6 kesilapan yang biasa dilakukan ketika penumpang menempah tiket kapal terbang. Pastikan anda fokus lebih kepada perkara-perkara ini supaya tidak melakukan perkara yang sama ya !
Identiti penumpang
Sentiasalah periksa kembali maklumat identiti penumpang sebelum membuat pembayaran tiket. Ingat! Kesalahan pada ruangan ini sangat meninggalkan kesan khususnya untuk penerbangan antarabangsa.
Perhatikan betul-betul . Pastikan nama yang ditulis ketika membeli tiket penerbangan sama dengan nama di yang tertera dalam passport anda. Pastikan tiada kesalahan ejaan nama, nombor pasport betul dan semak juga tarikh tamat tempoh pasport.
Nama lapangan terbang
Kebanyakan orang hanya fokus kepada destinasi, bukan lapangan terbang. Sedangkan, banyak bandaraya di dunia mempunyai lebih dari satu lapangan terbang, malah dua atau tiga buah.
Sebagai contoh di kotaraya London sahaja mempunyai 6 lapangan terbang, Bangkok mempunyai 2 lapangan terbang utama.
Perhatikan dengan jelas tentang lapangan terbang yang paling dekat dengan destinasi dituju dan aspek pengangkutan.
Oh ya! Semak juga apakah lapangan terbang semasa ketibaan dan pelepasan anda sama atau tidak.
Penerbangan lanjutan/transit
Sediakan minimum 90 minit jika anda mempunyai transit atau perlu mengambil penerbangan seterusnya. Harus diingat, banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku selagi anda belum menaiki pesawat seterusnya dan banyak yang perlu diurus ketika transit.
Jika anda membuat tempahan penerbangan lanjutan, seelok-eloknya tempahlah dengan syarikat penerbangan yang sama atau syarikat penerbangan yang menjalinkan kerjasama dengan penerbangan pertama. Juga pastikan anda sampai di ruang menunggu 20 minit sebelum waktu masuk pesawat.
Ambil Kira Perbezaan waktu
Berbeza negara khususnya benua bermaksud zon waktu juga berbeza. Contohnya jika anda terbang dari Sydney, Australia pada waktu pagi, anda akan sampai di Los Angeles, Amerika Syarikat juga pada waktu pagi.
Zon waktu ini memang penting, untuk tempahan kenderaan dan penginapan di destinasi yang dituju, serta mendapatkan rehat yang cukup.
Waktu penerbangan
Setiap syarikat penerbangan mempunyai cara tersendiri apabila menulis waktu penerbangan di tiketnya. Ada yang menggunakan waktu AM dan PM atau waktu 24 jam.
Selalu berlaku, kerana tidak berhati-hati, waktu AM dan PM disangka waktu 24 jam. Jika tidak yakin, hubungi terus operator syarikat penerbangan untuk kepastian mengenai waktu pelepasan.
Berat bagasi
Setiap penerbangan mempunyai peraturan berat bagasi, malah untuk domestik dan antarabangsa juga ternyata berbeza. Dalam hal ini, kesalahan banyak terjadi jika melanjutkan penerbangan dari pesawat biasa ke pesawat tambang rendah. Pesawat tambang rendah biasanya memiliki had bagasi jauh lebih rendah berbanding pesawat biasa.