HalalXPlorer Logo
sebab kena travel selepas pkp
19 May 2020

4 sebab anda kena travel selepas PKP

Kongsikan:

Alhamdulillah Covid-19 di Malaysia sudah mula menunjukkan corak penurunan kes harian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) ini agak mencabar kepada “kaki travel” kerana sudah terbiasa berjalan kesana-sini tapi sekarang terpaksa duduk di rumah sampai dah tepu sangat.

Jadi,selepas PKP ni anda dah ada rancangan nak pergi ke mana mana? Atau anda rasa selepas PKP pun tak perlu keluar, duduk di rumah sahaja?  Kami di surgaroute telah menjumpai sebab sebab untuk anda kembali mengembara selepas habis PKP.


1) Merangsang ekonomi

Perkara yang paling penting sekali dalam sesebuah negara ialah ekonomi. Seperti yang kita sedia maklum, wabak Covid-19 memberi impak yang sangat dahsyat dari sudut ekonomi, bukan setakat di Malaysia sahaja malah di seluruh dunia. Ramai pengusaha kecil dan sederhana , majikan syarikat , pemandu teksi, pengusaha kedai runcit tidak dapat meneruskan aktiviti ekonomi menjadikan negara kerugian berbillion ringgit dalam tempoh PKP ini. Namun tahukah anda , sektor pelancongan merupakan penyumbang ekonomi ke-3 terbesar di Malaysia?

Biarpun statistik ini menunjukkan sehingga tahun 2017 sahaja, kita dapat simpulkan bahawa sektor pelancongan mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus meningkat dan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap ekonomi di Malaysia.

Jadi, apabila kita kembali travel, ianya dapat membantu ekonomi untuk pulih seperti sediakala. Mungkin proses pemulihan ini tidak akan cepat berlaku tapi perlahan-lahan pulih lebih baik daripada tiada langsung kan?


2) Terapi diri & positive vibes

Setelah sekian lama duduk dirumah kira-kira hampir 2 bulan (ketika artikel ini ditulis), pasti mental dan emosi kita terganggu akibat terperuk di rumah. Jadi inilah masanya untuk kita bersama sama memberi ruang kepada otak yang tepu untuk kembali segar dengan menghirup udara di luar rumah serta menyajikan mata dengan pemandangan yang mengagumkan !

Sebab ada orang yang murung terperuk di rumah, mana tahu bila travel ni dapat melepaskan stress dan tak murung lagi.

3) Mempromosi Tanah Air

Rentetan wabak Covid-19 menghalang kita untuk bergerak ke luar negara. Jadi waktu begini sepatutnya kita ambil peluang untuk mempromosikan tempat tempat yang menarik di dalam Malaysia. Tambah tambah lagi untuk orang yang suka sangat berjalan ke oversea tu. Sudah tiba masanya untuk kita meneroka dan menghargai keindahan di tempat sendiri. Baru kita tahu, sebenarnya di negara sendiri pun sangat banyak tempat best belum kita teroka .

4) Membiasakan diri dengan norma baharu

Kita perlu bergerak demi kelangsungan hidup, itu lumrahnya. Pasca covid-19, perlbagai prosedur keselamatan dan penjagaan kendiri telah diperkenalkan di pelbagai tempat. Jadi, kita perlu keluar untuk membiasakan diri dengan norma baharu kehidupan. Jika kita tidak memberanikan diri, kita juga tidak akan mampu untuk membiasakan diri dengan norma yang baharu ini. Sampai bila kita mahu berkurung? 2 tahun , 3 tahun atau 5 tahun ?

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 sangat membimbangkan semua orang tetapi memandangkan kes penularan wabak Covid-19 semakin menurun. Kerajaan juga telah membenarkan kita untuk bergerak, apa kata kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk membantu memulihkan semula negara kita.

Jangan lupa amalkan jarak selamat dan kerap mencuci tangan dengan sabun! Semoga wabak Covid-19 akan segara dihapuskan.  Kalau anda tak tahu ke mana nak pergi selepas PKP, ikuti kami kerana kami akan kongsikan banyak info untuk anda terokai. Di SurgaRoute !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA