HalalXPlorer Logo
19 May 2020

Minimum 18 Bulan untuk pulih dari krisis akibat COVID19 - Emirates

Kongsikan:

Tahun yang malap buat Syarikat penerbangan gergasi berasal dari Dubai, Emirates. Mereka menjangkakan sekurang-kurangnya 18 bulan untuk mengembalikan permintaan perjalanan (Travel Demand) susulan pandemik COVID-19 .

Secara keseluruhan, mereka menyimpulkan bahawa krisis COVID-19 akan memberi kesan besar terhadap prestasi kewangan mereka tahun ini.

Emirates terpaksa menangguhkan semua operasi penumpang biasa sejak 25 Mac dan dijangka berterusan sehingga sekurang-kurangnya bulan Julai. Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, ketua dan ketua eksekutif Emirates mengatakan mereka akan terus mengambil "langkah pengurusan kos yang agresif" untuk melindungi masa depan perniagaan.

"Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 18 bulan, sebelum permintaan perjalanan kembali normal," kata Sheikh Maktoum.

"Untuk 11 bulan pertama 2019-20, Emirates dan dnata berprestasi tinggi, dan kami berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran perniagaan kami," Beliau menambah.

"Namun, mulai pertengahan Februari, keadaan berubah dengan cepat ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, menyebabkan penurunan permintaan perjalanan udara antarabangsa secara tiba-tiba dan luar biasa ketika negara-negara menutup sempadan mereka dan mengenakan sekatan perjalanan yang ketat."

Melihat ke masa depan, Sheikh Maktoum mengatakan bahawa mereka telah "mengambil semua langkah yang mungkin untuk melindungi tenaga kerja mahir kami, dan memastikan kesihatan dan keselamatan orang dan pelanggan kami."

"Ini akan tetap menjadi keutamaan kami ketika kami kembali ke operasi secara beransur-ansur dalam beberapa bulan mendatang," katanya menyimpulkan.

Untuk rekod, Kumpulan Emirates adalah syarikat penerbangan ke-4 terbesar di dunia berdasarkan nilai syarikat dengan anggaran $5.336 Billion Dollar Amerika. Selain itu, Emirates adalah antara syarikat penerbangan yang mesra-Muslim.

Industri penerbangan memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan. Semoga industri ini kembali bersinar , buat para Travellers !

Untuk sebarang info, terus ikuti kami di SurgaRoute.

Berita penerbangan lain disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA