
Dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini, dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk akan menjadi antara perkara yang tidak lagi diperlukan oleh penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Inisiatif itu menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik kepada penumpang sekaligus membolehkan penumpang melalui seluruh perjalanan lapangan terbang tanpa perlu menunjukkan pas masuk mereka di semua pintu, daripada daftar masuk hingga pintu pelepasan.

Teknologi itu dijangka memberi kemudahan kepada penumpang apabila proses pengesahan dijangka memakan masa hanya kira-kira lima saat untuk setiap penumpang di setiap pintu, sekali gus mengurangkan perjalanan lapangan terbang mereka dengan ketara.
Fasa pertama pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai pada separuh pertama 2021, apabila 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah.

Selain daripada mengurangkan waktu diambil bagi proses pengesahan dan mengurangkan penggunaan identiti palsu, inisiatif ini juga akan membolehkan penumpang melalui pengalaman tanpa sentuhan dan meningkatkan keselamatan mereka di lapangan terbang dalam parameter norma perjalanan baharu
Teknologi itu juga akan disepadukan dengan aplikasi MYairports dan penumpang dapat mendaftarkan pengesahan wajah mereka sebelum mereka tiba di lapangan terbang.
Integrasi dengan sistem imigresen juga akan membolehkan warga asing menggunakan Immigration Autogate dan tidak perlu beratur di kaunter.

Pada masa depan, teknologi itu akan diperluaskan untuk memasukkan aspek lain seperti pembelian runcit dan akses ke lounge syarikat penerbangan.
Matlamat MAHB ialah menjadikan lapangan terbang sedia untuk masa depan terutamanya apabila perjalanan meningkat lagi, memang terbaik !
Sumber : Amanz.my