HalalXPlorer Logo
airasia tambah penerbangan dengan tambang tetap sempena tahun baru cina
29 January 2023

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Kongsikan:

AirAsia terus komited untuk menyatukan para tetamu sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan datang dengan mengumumkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak dari 17 hingga 30 Januari 2023.

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri pada hanya RM199* sehala, dan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu pada hanya RM249* sehala. Semua tempat duduk akan tersedia untuk tempahan mulai 28 Disember 2022.

Selain 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi yang sama.

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkata: “Kami berbesar hati kerana AirAsia terus komited untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang penerbangan semasa musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi. Walaupun mereka tidak dapat meningkatkan lebih kekerapan penerbangan kerana kekurangan pesawat seperti apa yang dialami oleh semua syarikat penerbangan, kami memuji kerja keras mereka untuk menambah penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap untuk menghubungkan keluarga, terutamanya dari dan ke Sabah dan Sarawak. Kami menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif yang sama atau lain yang boleh mengurangkan tambang penerbangan terutamanya semasa musim perayaan. Sempena sambutan tahun baru ini, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memenuhi keperluan dan menjaga kebajikan rakyat.”

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited Bo Lingam berkata: “Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami melakukan yang terbaik untuk menghubungkan para tetamu pada tambang berpatutan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam operasi. Beberapa tahun kebelakangan ini adalah amat sukar untuk semua dan walaupun industri perjalanan kini semakin pulih, kami tidak dapat menambah penerbangan seperti sedia kala berikutan pandemik.

“Namun, di sebalik kos operasi yang semakin meningkat dan kekurangan jumlah pesawat, kami terus berusaha dan komited untuk menyatukan semula rakyat Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Hari ini, kami berbesar hati kerana dapat mengumumkan penerbangan tambahan lewat malam istimewa pada tambang rendah tetap. Sebanyak 25,020 tempat duduk tambahan ke dan dari destinasi terpilih di Sabah dan Sarawak tersedia untuk tempahan bagi tempoh perayaan akan datang.

“Inisiatif ini tidak mungkin dapat dilancarkan tanpa dedikasi Allstars kami yang akan terus bekerja keras pada musim perayaan ini, serta pihak kerajaan atas bantuan mereka mendapatkan kelulusan untuk penerbangan tambahan lewat malam.”

Para tetamu yang melakukan perjalanan semasa tempoh Tahun Baru Cina akan datang dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang dua jam lebih awal daripada waktu perlepasan yang dijadualkan (untuk perjalanan domestik) untuk mengelakkan kesesakan. Mereka juga digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan airasia Super App, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

Muat turun airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan anda.

Jadual penerbangan tambahan lewat malam tambahan pada tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sarawak:

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Kuala Lumpur ke Sabah:

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Johor Bahru ke Sarawak:

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

Jadual penerbangan tambahan lewat malam pada tambang tetap dari Johor Bahru ke Sabah:

AirAsia Tambah Penerbangan Dengan Tambang Tetap Sempena Tahun Baru Cina

*Promosi tambang tetap adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai dan yuran berkenaan dan hanya untuk penerbangan tambahan mengikut no penerbangan tertentu sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA