Secara umumnya, pandemik COVID-19 sememangnya memberi kesan terhadap pelbagai sektor politik, kesihatan, ekonomi dan sosial.
Sebagai contoh, COVID-19 memaksa kebanyakan negara menutup sempadan mereka daripada pelancong sekaligus menjejaskan pendapatan negara melalui sektor pelancongan.
Bayangkan pada 2019, sektor pelancongan telah menyumbang 8.9 Trilion US Dollar, tetapi COVID-19 pastinya menjadikan hasil daripada sektor tersebut sangat kurang pada 2020.

Tetapi, sejauh manakah sesebuah negara terkesan dalam pelancongan tidak diketahui ramai.
Dalam perkembangan terbaru, sebuah data mengenai kajian impak COVID-19 terhadap sektor pelancongan di sesebuah negara telah dimuatnaik di laman web rasmi Electronic System for Travel Authorization milik kerajaan Amerika Syarikat.

Dengan menggunakan data daripada 'World Travel and Tourism Council' dan juga Bank Dunia, data tersebut menunjukkan senarai kerugian sesebuah negara dalam sektor pelancongan pada 2020 dan juga kerugian dari segi peratus terhadap GDP sesebuah negara berkaitan.
Untuk senarai negara yang paling rugi dari segi amaun dalam sektor pelancongan pada 2020, amat mengejutkan kerana Malaysia turut tersenarai di tangga ke-20 dengan kerugian berjumlah 12.51 Billion Dollar ataupun 50.61 Billion Ringgit Malaysia !
Berikut adalah 20 Negara dengan kerugian sektor pelancongan paling besar pada 2020 (ilai dalam RM) :
- Amerika Syarikat (595.532 Billion)
- Sepanyol (188.813 Billion)
- Perancis (169.930 Billion)
- Thailand (150.599 Billion)
- Jerman (140.070 Billion)
- Itali (119.946 Billion)
- United Kingdom (112.769 Billion)
- Australia (110.007 Billion)
- Jepun (105.240 Billion)
- Hong Kong (97.323 Billion)
- China (93.873 Billion)
- Macau (93.809 Billion)
- Turki (86.328 Billion)
- India (67.740 Billion)
- Belanda (60.086 Billion)
- Austria (59.067 Billion)
- Portugal (56.030 Billion)
- Mexico (55.328 Billion)
- Kanada (51.086 Billlion)
- Malaysia (50.613 Billion)
Ini menjadi bukti dan sebab untuk kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong pemain industri pelancongan tempatan untuk mereka terus hidup.
Justeru, selepas sahaja PKP 2.0 ini tamat, jangan terus bercuti ke luar negara. Sebaliknya, jom bantu pulihkan sektor pelancongan tempatan yang telah mengalami kerugian besar.
Di Malaysia pun sebenarnya sangat banyak tempat menarik. Pantai dan laut yang biru, atau gunung dan bukit menghijau, atau desa yang tenang, atau bandar yang sibuk. Semuanya ada disini !

Tetapi, buat masa ini kita perlu dengar saranan kerajaan untuk duduk diam di rumah sewaktu PKP 2.0 bagi mengurangkan kes sekaligus mengelakkan PKP yang lebih lama dan membunuh lebih teruk sektor pelancongan tempatan.