.Jika perkhidmatan AirAsia Ride buat ketika ini cukup sinonim dengan servis e-hailing, iaitu penghantaran penumpang menggunakan kenderaan darat, kini AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL).
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram beliau.
"Dilancarkan hari ini (Rabu). AirAsia Ride kini berada di udara."Bakal bermula (dari) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!"
Perkhidmatan itu ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang.Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.
Persefahaman itu sekali gus akan mengubah perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.
Perincian berkenaan pengoperasiannya belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.