HalalXPlorer Logo
26 June 2021

Melaka bakal punyai taman tema dan 'ferris wheel' terbesar Malaysia

Kongsikan:

Sebelum ini, sebuah ferris wheel yang dikenali sebagai Eye On Malaysia pernah juga ditempatkan di Melaka pada tahun 2008  iaitu di Kota Laksamana berdekatan Sungai Melaka dan ditukar nama kepada Eye On Melaka.

Eye on Malaysia atau Eye On Melaka merupakan roda pemerhatian yang terbesar di Asia Tenggara sebelum diatasi Singapore Flyer dan juga buaian roda mudah alih terbesar di dunia. Buaian ini setinggi 60 meter dan mampu menanggung beban seberat 25 tan.

Pada 30 September 2010, ferris wheel yang berharga RM30 Juta tersebut akhirnya ditanggalkan untuk dijual kepada pembeli luar.

Ferris wheel terbesar di malaysia bakal terletak di Melaka
Eye On Melaka. Kredit : Mapio

Kini, katanya sebuah taman tema terbesar Malaysia bakal dibina di Klebang. Taman tema tersebut akan dilengkapi dengan ferris wheel terbesar di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara yang akan menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.

Ini bermakna, ferris wheel tersebut akan lebih besar daripada Singapore Flyer.

Singapore Flyer Dinner - Klook Malaysia
Singapore Flyer. Kredit : Klook

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek yang bernilai RM600 juta itu merupakan pelaburan daripada syarikat swasta dan kini hanya menunggu kelulusan.

The Singapore Flyer: a giant Ferris wheel with a 360° view
Salah satu gondola Singapore Flyer

Tambahnya, taman tema itu turut akan dilengkapi dengan projek underwaterworld, kapal selam dan peralatan tentera perang.

Ia bukan sahaja bakal menjadi lokasi liburan buat seisi keluarga, bahkan pada masa sama ia juga berbentuk hiburan dan pembelajaran sesuai untuk segenap lapisan masyarakat.

Tak sabar weh !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA