HalalXPlorer Logo
lapangan terbang pangkor
25 June 2021

MAHB kaji panjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor untuk terima pesawat ATR 72

Kongsikan:

Lapangan Terbang Pangkor telah dibuka sejak 1993 dengan landasan sepanjang 732 meter sebelum memberhentikan operasi pada Februari 2014 dan telah dijadual dibuka semula pada Oktober 2020 yang lalu.

Kini, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang membuat kajian termasuk dari segi kos bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor di Teluk Dalam, Pulau Pangkor agar ia boleh beroperasi semula.

Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemanjangan landasan itu dibuat kerana pihaknya bersama kerajaan sedang mengkaji jenis kapal terbang yang sesuai menggunakan kemudahan tersebut.

MAHB kaji panjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor ditunda
Lapangan Terbang Pangkor. Kredit : Berita Harian

"Kalau sekiranya kapal terbang yang digunakan adalah dari jenis ATR 72 yang boleh memuatkan 70 penumpang, makanya kita perlu memanjangkan sedikit landasan di Pangkor," katanya.

Ditanya mengenai persiapan MAHB terhadap sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata pihaknya sentiasa bersedia lebih-lebih lagi lapangan terbang merupakan pintu negara.

- BERNAMA

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA