Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah akan mengenakan bayaran pemuliharaan yang lebih tinggi kepada pengunjung Taman Sabah bermula 1 Januari 2023.
Taman Sabah ialah badan berkanun yang menguruskan Taman Kinabalu, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Banjaran Crocker, Taman Bukit Tawau, Taman Pulau Penyu, Taman Pulau Tiga, Taman Laut Tun Sakaran, Taman Pulau Sipadan, dan Taman Tun Mustapha.
Keputusan ini dibuat untuk mengatasi peningkatan kos operasi dan pengurusan taman itu, memandangkan bermula 1 Januari 2023 memandangkan pihaknya tidak pernah menyemak semula yuran kemasukan ke taman sejak 20 tahun lalu.
Ia juga selaras dengan visi Taman Sabah untuk mencapai pembiayaan mampan menjelang tahun 2025.
Kadar baharu itu akan menyaksikan kenaikan sehingga RM200 untuk permit mendaki Gunung Kinabalu, RM35 untuk bayaran masuk Taman Kinabalu, dan RM120 untuk malim gunung.
Semua harga pakej pendakian Gunung Kinabalu bermula 1 Januari 2023 dijangka dinaikkan dengan ketara berikutan kadar baharu ini.
Untuk Maklumat Lanjut, Baca Disini