HalalXPlorer Logo
16 June 2020

Destinasi ekopelancongan Pahang kembali dibuka mulai 15 Jun

Kongsikan:

Mesti anda semua sudah rindu nak makan angin menghirup udara di luar rumah khususnya dengan menatap keindahan flora dan fauna kan? Tambah-tambah pula bagi penduduk di bandar, Lembah Klang terutamanya. Mesti rindu betul untuk menikmati keindahan destinasi ekopelancongan.

Akhirnya inilah masanya untuk keluar ‘dari bawah tempurung'. Namun demikian, dalam seronok bercuti tu, jangan lupa amalkan norma baharu ya.

Setelah hampir tiga bulan ditutup gara-gara Covid-19, lokasi ekopelancongan di Pahang kini sudah dibuka semula kepada umum.

Lokasi terbabit ialah pusat ekopelancongan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) termasuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah dan Taman Negara Kuala Tahan.

Mengambilkira keperluan rakyat dan bagi menggerakkan sektor pelancongan pihak Kementerian Tenaga dan Sumber Asli membuka semula pusat ekopelancongan yang popular dalam negara mulai 15 Jun.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,  pembukaan pusat ekopelancongan itu selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula dilaksanakan pada 10 Jun lalu.

“Antara lokasi dibuka ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang, Taman Negara Kuala Tahan, Taman Negara Sg Relau Merapoh, Taman Negara Terengganu Tanjung Mentong dan Ramsa Tasik Bera.

“Pusat ekopelancongan lain ialah Taman Negara Pulau Pinang,  Paya Indah Wetlands, Dengkil Kuala Selangor, Taman Negara Kelantan Kuala Koh dan Zoo seperti Zoo Negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Patuhi SOP

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap pengunjung pusat ekopelancongan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang  ditetapkan oleh Majlis Keselamatan  Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai contoh katanya, PKGK Kuala Gandah terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung seramai 100 hingga 150 orang sehari dalam berhadapan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Beliau mengakui sektor pelancongan berteraskan pelancongan alam semula jadi dan hidupan liar sangat popular dalam kalangan pelancong domestik dan asing.

Sementara itu, beliau berkata, PKGK Kuala Gandah yang berjaya merekodkan kira-kira dua juta pelancong dari 2008 sehingga Mac 2020 amat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Katanya, pada 2019 sahaja PKGK mencatatkan seramai 215,742 bilangan pengunjung termasuk 12 peratus daripadanya  yang melibatkan pelancong domestik  pelancong luar negara.

“PKGK yang dibangunkan pada 1989 terkenal sebagai Pusat Operasi tetap Unit Tangkapan Gajah (UTG) dan berfungsi sebagai kawasan untuk melindungi gajah dan habitatnya yang mana terdapat  31 ekor gajah  membabitkan 20 ekor gajah dewasa dan 11 ekor anak gajah,”ujarnya.

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA