Walaupun kerajaan melalui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan operasi pelancongan untuk dijalankan, tetapi tidak semua aktiviti atau jenis pelancongan boleh dilakukan yer. Rasanya, ramai lagi yang masih terkeliru apakah aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan dan apakah yang tidak boleh dilakukan.
Rentas Negeri vs Rentas Negara
Kerajaan hanya membenarkan aktiviti merentas negeri dan pelancongan domestik sahaja. Sebarang kemasukan pelancong luar ke negara ini, atau pelancong Malaysia ke luar negara masih lagi tidak dibenarkan yer. Tetapi, ada kelonggaran untuk melakukan perjalanan bagi kes-kes tertentu.
Hiking dan Jungle Trekking
Sebelum ini, kerajaan sebenarnya memang tidak membenarkan aktiviti mendaki gunung untuk dijalankan, namun dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dilakukan mulai 15 jun 2020 namun dengan SOP yang ketat.
Selain daripada hiking dan jungle trekking, aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Malah, aktiviti sukan lasak seperti 'motorcross'; 'ATV'; 'mountain bike'; 'rock climbing'; serta aktiviti tali seperti 'abseiling' dan 'wall climbing' pun dilarang juga tau.
BACA : KAKI HIKING BOLEH KEMBALI PANJAT GUNUNG BERMULA 15 JUN
Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai SOP bagi aktiviti berkaitan riadah dan sukan, rujuk SOP yang disediakan oleh KBS ini
Lawatan ke Muzium
Lawatan ke muzium telah dibenarkan oleh kerajaan, namun kenyataan rasmi dari Jabatan Muzium Malaysia (JMM), semua muzium dan galeri dibawah kelolaan mereka hanya mula dibuka bermula 16 Jun 2020 namun lawatan berkumpulan adalah tidak dibenarkan.
Taman tema dan taman tema air
Antara destinasi pelancongan keluarga yang terkenal adalah taman tema, namun anda perlu tahu kesemua taman tema di Malaysia masih lagi belum mendapat kelulusan untuk kembali melakukan operasi.
Kapal Persiaran
Selain itu, jika anda sudah menempah percutian di atas kapal persiaran, anda terpaksa batalkan dahulu niat anda kerana percutian di atas kapal persiaran juga belum dibenarkan.
Fasiliti di Hotel
Antara perkara yang paling menarik apabila menginap di hotel adalah pengalaman menggunakan fasiliti mereka lah kan. Ye dok? Antaranya adalah sauna, kolam renang, gimnasium dan pelbagai lagi. Tetapi, buat masa sekarang walaupun operasi hotel sudah dibenarkan tetapi hanyalah terhad kepada penginapan di bilik dan beberapa fasiliti sahaja. Tak semua fasiliti seperti yang disebutkan mendapat kelulusan untuk digunakan tau.
Antara yang dilarang adalah kolam renang, kecuali kolam renang persendirian. Maksudnya, anda boleh la pergi ke hotel atau resort yang ada private pool gituhh ?
Disebutkan di dalam wart, larangan Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482])