Setiap benda ada pantang larangnya. Sama jugak dengan travel ni. Kalau anda langgar pantang larang ni, kemungkinan besar perjalanan percutian anda akan menjadi 'chaos' dan tidak menyeronokkan. Jom kita tengok apa larangan yang kita kena elakkan semasa travel.
Ingat, Jangan buat 6 perkara ini ketika travel !
1) Jangan travel jika tiada perancangan yang teliti
Travel ni bukan 1 benda yang senang walaupun kelihatan seperti senang. Travel bukan hanya 'pergi dan balik' tapi di sebalik 'pergi dan balik' itu ada banyak perkara yang kita perlu fikir dan buat keputusan.
Bagi melancarkan perjalanan percutian anda, anda perlu merancang dari awal. Anda perlu membuat kajian tentang tempat yang anda mahu lawati dengan membaca blog-blog travel atau review peribadi orang lain yang menceritakan pengalaman travel mereka.
Info penting yang anda perlu cari antaranya pengangkutan, penginapan, tempat-tempat yang menarik dan restoran halal. Itu perkara asas yang anda perlu cari. Jangan lupa ada sesetengah negara yang memerlukan visa. Antara negara yang memerlukan visa ( Australia, China, USA, Syria, Iraq dan banyak lagi).
Anda boleh semak senarai negara yang memerlukan visa di sini.
Iternari percutian wajib untuk anda lakukan. Lebih kurang macam tentatif. Lagi terperinci lagi bagus. Ada yang buat iternari ringkas dengan berbekalkan info tempat yang hendak dilawati dan kos. Namun, sebaiknya anda buatlah iternari yang lengkap seperti nyatakan tempat yang hendak dilawati,tetapkan masa, kira jangkaan perbelanjaan yang akan anda laburkan untuk makan, yuran masuk, topap tnG untuk pengangkutan. Kalau boleh perincikan lagi restoran mana yang anda akan singgah untuk makan, tempat solat, jenis pengangkutan. Tidak mudah bukan?
2) Jangan membawa barang yang bukan keperluan
Apabila kita travel ada 3 benda yang paling kita kena ambil kira . Kos, masa dan ruang. Pasti kita mahu meminimakan kos, masa pun tidak mahu terbuang sebab bukan senang kita nak travel ni kan. Kalau boleh nak manfaatkan masa dengan mengisi aktiviti hatta satu saat pun. Ruang pun kita kena minimakan. Kalau waktu pergi sahaja beg sudah penuh, nanti anda nak beli ole-ole lagi.Bertambah tambah beg jadinya. Bila bertambah beg bertambah la duit yang kena bayar untuk kapasiti beg.
Bukan itu sahaja, nanti kita nak bawa beg pun susah. Kalau dah sampai 3 bagasi kena bawa macam mana la agaknya ya? Mampu ke kita nak bawa?
3) Jangan tukar duit terlalu sikit/banyak
Sumber gambar: theplanetD
Sebaiknya tukarlah duit siap siap di Malaysia. Cari tempat pertukaran wang yang rate nya rendah. Banyak kebaikan bila kita tukar duit siap siap ni. Jimat wang, jimat masa dan jimat tenaga. Kalau dah sampai ke destinasi baru nak tukar wang, akan mewujudkan suasana kelam kabut untuk mencari kedai pertukaran wang. sudahlah rate nya tinggi pula dalam masa yang sama anda dah 'drag' masa yang sepatutnya diisi dengan aktiviti lain.
Sama sahaja kalau anda tukar duit terlalu sikit pun anda terpaksa menghadapi situasi seperti tadi. Sedangkan anda tahu, duit yang anda tukar tu 'deficit' , tak cukup mengikut perkiraan anda. Janganlah cari penyakit. Anda travel ni memang kesuntukan masa tau.
Sumber gambar: eturbonews
Kalau tukar duit berlebihan anda seolah olah membiarkan air paip dibuka sehingga tempat tadahan penuh melimpah limpah. Membazir ! Membazir kan amalan syaitan. Walaupun anda boleh menjual semula duit itu tapi 'rate' nya tidak akan sama dengan 'rate' anda beli duit tersebut. Nilai yang anda akan dapat pun tak samalah.
4) Jangan sombong dan malu
Dalam kehidupan, kita memang perlu bergaul dengan orang lain. Kita hidup bukan sorang-sorang, kita ni hidup bermasyarakat. Lagi pun kalau kita sombong kita yang rugi. Oleh itu, rajin rajinlah bertegur sapa. Kita tak rugi apa apa pun tapi kita dapat pahala sebab menyambungkan silaturahim antara satu sama lain. Nampak macam kecil sahaja tapi besar manfaatnya.
Sumber gambar: thevocket.com
Ketika travel, jangan malu untuk bertanya. Kalau anda malu nanti diri sendiri yang susah. Bak kata pepatah ' malu bertanya sesat jalan '. Lagi lagi kalau anda travel ke luar negara, Kita tidak tahu selok belok negara orang, jadi lebih baik anda bertanya sebelum perkara buruk terjadi. Ringankan mulut untuk bertanya. Anda kena berani.
5) Jangan abaikan kesihatan & keselamatan diri
Sumber gambar: muslimmatters.org
Kesihatan dan keselamatan diri akan menjadi nombor 1 dalam hidup kita ini. Jika diri tidak sihat, ianya akan membatasi pergerakan kita. Maka, jagalah kesihatan diri baik-baik dengan 'prepare' ubat-ubatan yang perlu ketika travel. Jangan membahayakan diri sendiri. Terutamanya kepada kaum wanita, Jangan travel berseoarangan, sebaiknya bawalah teman, jika bawa ahli keluarga lebih baik.
6) Jangan lupakan Tuhan
Kita hidup sebagai hamba memang sepatutnya sentiasa mengingati Tuhan. Tuhan yang menciptakan kita dan dia yang Maha berkuasa atas segala perkara. Sentiasalah berdoa agar Tuhan lindungi dan selamatkan kita dari perkara yang tidak diingini. Solat jangan lupa, itu yang paling penting.
Sumber gambar: flickr.com
Kami harap kami dapat membantu untuk memudahkan persiapan anda ketika travel. Selamat bercuti bersama orang yang tersayang ! Untuk tips yang lain, boleh klik disini
Kami kongsi, Anda terokai