HalalXPlorer Logo
09 October 2020

Jepun merancang untuk menghapuskan sekatan perjalanan bagi 12 negara termasuk Malaysia

Kongsikan:

Jepun merancang untuk menghapus sekatan perjalanan ke luar negara ke China dan 11 negara lain bulan depan iaitu November nanti. 11 negara dan wilayah lain termasuk Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Malaysia.

Buat masa ini, kerajaan Jepun melarang perjalanan antarabangsa dari dan juga ke 159 negara dan wilayah. Walaupun keputusan untuk menghapuskan sekatan perjalanan terhadap 12 negara pada bulan hadapan, kerajaan Jepun tetap mengesyorkan agar pelancong menahan diri dari lawatan yang tidak perlu atau lawatan yang tidak mendesak ke 12 negara tersebut.

Menurut Nikkei, Jepun merancang untuk mengizinkan pelancong perniagaan warga negara Jepun dan warga asing dengan status penduduk untuk masuk semula ke negara tersebut tanpa perlu melalui proses kuarantin selama dua minggu. Langkah dua minggu kuarantin kendiri juga akan dikecualikan bagi pelancong perniagaan yang datang ke negara tersebut bersama perancangan susulan.

Tetapi, ada juga syarat lain, iaitu pelancong yang datang ke negara tersebut tidak boleh menggunakan pengangkutan awam.Payah sikit, sebab teksi juga adalah kenderaan awam. Nak ada kenderaan sendiri ini memang mahal lah ceritanya.

Bagaimanapun, Keputusan akhir mengenai prosedur kemasukan semula yang lebih tepat akan dimuktamadkan pada bulan ini. Walaupun mendapat kecaman sebahagian pihak, tindakan kerajaan Jepun melonggarkan sekatan untuk memudahkan meningkatkan kembali aktiviti ekonomi.

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA