HalalXPlorer Logo
19 May 2020

Tempoh sahlaku AirAsia Unlimited Pass dilanjutkan

Kongsikan:

Beberapa bulan yang lalu, Airasia telah menawarkan pakej Airasia Unlimited Pass yang memberikan anda peluang untuk membuat perjalanan ke beberapa negara tanpa had ( Tertakluk Terma & Syarat) dalam tempoh 1 tahun dengan menaiki penerbangan AirAsia X . Mungkin ada dari kalangan anda yang sudah menempah Unlimited Pass tersebut kan? Ei, Bestnya !

Disangkakan Panas Rupanya Hujan Di Tengah hari

Namun , siapa sangka nampak gayanya tahun 2020 hanya membenarkan kita cuti-cuti di rumah jer akibat krisis pandemik COVID-19 . Timbul keraguan kepada pencinta dunia travel, ada yang sudah membeli tiket dan sebagainya. Termasuklah kepada sesiapa yang sudah membeli Airasia Unlimited Pass ini. Krisis COVID-19 di dunia antarabangsa masih belum nampak tanda akan surut. Jadi, bagaimanalah kita mahu melancong di waktu sebegini.

Selepas Hujan Datangnya Pelangi

Ewah, berbunga betul kan bahasa kami walaupun hanya melaporan berita penerbangan. Syukur kepada Allah, Airasia memahami suara hati pelanggan mereka yang sudah membeli Unlimited Pass tetapi keadaan 'tersangkut' tak boleh travel. Rentas negeri pun tidak dibenarkan, apatah lagi rentas negara ye dok ? Sayu hati ini ~~

Umum Tempoh Sah laku Dilanjutkan

Hari ini, Airasia secara rasminya mengumumkan yang tempoh sahlaku bagi pas tersebut dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 ! Fuh, bolehlah anda kembali senyum dan menarik nafas lega. Kita sambung travel lepas ini ya.

Untuk semua pemegang pas, ini harus dilihat pada halaman 'AirAsia Deals' di bawah tab 'My Purchase' di airasia.com/deals setelah anda log masuk akaun AirAsia BIG anda.

Semoga anda mendapat lebih banyak masa untuk merancang perjalanan ke destinasi kegemaran anda bila tiba waktunya, InsyaAllah.

kami berusaha membuat laporan sepantas mungkin. Jika anda mahu menjadi pembaca terpantas mendapatkan info pula, terus ikuti kami si SurgaRoute !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA