HalalXPlorer Logo
19 May 2020

Tarikan Baharu di Gua Kelam !

Kongsikan:

Wah, lama kita tak dengar berita mengenai Gua Kelam. Rupa-rupanya ada 2 aktiviti baharu yang anda boleh lakukan disini .

Galeri 3D

Galeri 3D pertama di Perlis yang menelan belanja sebanyak RM150,000 telah dibuka di Gua Kelam !

Dengar cerita, galeri 3D Gua Kelam memang menawarkan konsep berbeza berbanding galeri 3D yang lain. Dikatakan Galeri ini merupakan satu pameran berbentuk penjelajahan dalam gua yang menerangkan khazanah hutan Malaysia melalui lima segmen pameran yang terdiri dari hutan Malaysia, flora, fauna dalam Taman Negeri Perlis, geologi dan sejarah perlombongan di Negeri Perlis serta pameran keunikan hutan yang diterjemahkan melalui gabungan pameran bahan grafik 3 dimensi (3D) yang diiringi  bunyi- bunyi alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan banyak lagi. Menarik kan?

Kami dimaklumkan tiada bayaran dikenakan untuk memasuki galeri 3D ini dan para pengunjung cuma perlu menunjukkan tiket memasuki Gua Kelam  .

galeri 3D gua kelam
Sumber : Facebook Front Desk

Flying Fox

Bagi yang berjiwa lasak pula , mungkin anda akan menyukai tarikan terbaharu yang ini, iaitu 'Flying Fox'. Aktiviti ini telah dibuka sejak 11 Januari 2020 yang lalu. Perkara paling kami tak percaya, bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini hanyalah RM5.00 seorang. Pening kami fikirkan macamana mereka ambil keuntungan sebab harga begini terlalu murah !

Nampaknya, Gua Kelam memang sepatutnya kembali dimasukkan ke senarai wajib pergi jika ke Perlis. Tiketnya murah dan aktivitinya menarik ! Memang berbaloi ! Kalau anda mahu lebih banyak info mengenai Perlis, klik disini.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA