HalalXPlorer Logo
Selepas 7 Bulan Ditutup, Gunung Everest Kini Dibuka Semula Bagi Pendakian
09 November 2023

Selepas 7 Bulan Ditutup, Gunung Everest Kini Dibuka Semula Bagi Pendakian

Kongsikan:

Selepas tujuh bulan ditutup, gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest kembali beropersi kepada pendaki selepas Nepal membuka semula negaranya kepada pelancong.

Selepas 7 Bulan Ditutup, Gunung Everest Kini Dibuka Semula Bagi Pendakian

Bagaimanapun buat masa ini, kemasukan pelancong adalah terhad terutamanya kepada pelancong yang ingin melakukan pendakian.

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Rudra Singh Tamang memaklumkan, langkah itu bagi memudahkan urusan dan kawalan.

Pengunjung perlu mendapatkan persetujuan terlebih dahulu, memberikan perincian perjalanan, menyewa syarikat pakaian tempatan dan mempunyai insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19.

Pengunjung juga perlu melakukan ujian saringan terlebih dahulu di negara asal dan menjalani proses kuarantin selama seminggu di hotel di Kathmandu sebelum menjalani ujian saringan sekali lagi.

Selain itu, pekerja yang terlibat dengan pendakian seperti tukang masak, malim gunung dan pasukan sokongan juga diminta menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka bebas COVID-19

Sehingga kini Nepal melaporkan 176,500 kes positif dengan 984 kematian.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA