Ini adalah resort terbaru di Port Dickson. Villea Port Dickson namanya. 4 Bintang tapi memang cantik betul. Harga pun okay. Sebelum ni Villea ada di Morib dan Rompin.
Villea ini di bawah kumpulan Attana Hotel & Resorts yang mempunyai tiga jenama iaitu Perdana, Villea dan Espira. Hotel Perdana ada di Kuala Lumpur dan juga Kota Bharu manakala Espira pula adalah sebuah resort terkenal di Kinrara. Villea pula macam yang kami cakap tadi, ada di Morib dan Rompin. Kini ada di Port Dickson pula.
Dahulunya Villea Port Dickson ini dikenali sebagai PNB Ilham Resort, sekarang sudah dijenamakan semula.
Paling kami suka dengan Villea Port Dickson ini adalah dalam bilik ada kipas angin. Maklumlah selalunya tidur hotel tengah malam sampai ke subuh memang kena tutup aircond sebab sejuk melampau, pergi tandas pun menggigil. Tapi bila tutup aircond lemas sebab udara tak mengalir. Adehhh. Tu yang best bila resort ni siap ada kipas siling.
Lepastu, kolam renang ada taman air mini. Okaylah tu untuk anak-anak main. Alhamdulillah makin banyak resort sediakan kawasan permainan air untuk anak-anak.
Akhirnya hotel faham yang nak mandi kolam ni sebenarnya budak-budak, mak ayah tengok-tengok jer. Jadi, jangan la buat kolam renang yang kosong je. Bosan anak. Dahlah dalam. Macamni okay dah
Sebelum tular, baik anda tempah siap-siap. Kalau tidak nanti melambung harganya. Terakhir kami tengok harganya masih bawah RM300.
Oh ya, kalau pergi Port Dickson nanti boleh pergi ke tempat menarik lain, contohnya Port Dickson 3D Alive Museum
Villea Port Dickson, Batu 10, Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan.