HalalXPlorer Logo
10 October 2020

New Zealand kini punyai passport paling berkuasa di dunia, Malaysia tangga ke-21

Kongsikan:

Ini adalah saat yang menggembirakan bagi pelancong dari New Zealand kerana passport mereka merampas tempat teratas dalam ranking passport paling berkuasa di dunia. Buku hitam yang menjadi dokumen perjalanan NZ memang tela h perbaiki ranking mereka di dalam indeks sedikit demi sedikit selama bertahun-tahun, dan akhirnya mereka telah mengalahkan Jepun di tempat pertama.

Indeks yang membandingkan akses yang diberikan oleh pasport 193 negara anggota PBB telah menyenaraikan passport negara Kiwi sebagai "paling kuat" di dunia. Tetapi apalah gunanya label ini disaat dunia mengalami pandemik?

Pandemik Coronavirus atau COVID-19 yang menyebabkan perubahan dalam perjalanan bebas visa di banyak negara juga bermakna New Zealand memiliki akses tanpa visa ke lebih sedikit negara daripada sebelum ini. Cuma, pemegang pasport Kiwi tidak terlalu terkesan dengan sekatan perjalanan seperti warganegara lain disebabkan kes COVID-19 yang tidak begitu tinggi dan berjaya dikawal dengan baik sejak awal penularan.

Jepun jatuh ke tempat kedua, bersama Jerman, Austria, Luxembourg, Switzerland, Ireland, Korea Selatan dan Australia.

Negara-negara Eropah membentuk sebahagian besar dari senarai 10 teratas, kerana kebanyakannya mengekalkan akses ke zon 'pergerakan bebas' Schengen (dalam EU) dengan sedikit sekatan COVID.

Sementara itu, Malaysia berkongsi kedudukan dengan Amerika Syarikat di tempat ke-21. Berikut adalah keduudkan 10 negara teratas dalam indeks passport paling berkuasa di dunia (September 2020)

Top 10 passport paling berkuasa di dunia

1. New Zealand; 129

2. Germany, Austria, Luxembourg, Switzerland, Ireland, South Korea, Japan, Australia; 128

3. Sweden, Belgium, France, Finland, Italy, Spain; 127

4. Netherlands, Denmark, Portugal, Lithuania, Norway, Iceland, UK, Canada; 126

5. Malta, Slovenia, Latvia; 125

6. Czech Republic, Estonia, Greece, Poland, Hungary, Liechtenstein; 124

7. Slovakia; 123

8. Cyprus, Croatia, Monaco; 121

9. Romania, Bulgaria; 120

10. San Marino, Andorra, Uruguay; 115

Maklumat lanjut disini. Kami Kongsi, Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA