Travel memang satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Ada juga menjadikan travel sebagai hobi. Asalkan ada duit dan masa je terus tempah tiket dan ada juga yang travel setiap bulan.
Travel ,travel jugak. Sebelum anda pergi travel anda kena buat senarai semak atau checklist sebelum memulakan perjalanan anda.
Walaupun hakikatnya ini semua hanyalah pengetahuan asas setiap orang namun kadang kadang kita juga boleh terlepas pandang jadi jom sama sama kita tengok senarai semak keperluan anda untuk travel.
1) Dokumen diri dan maklumat berkaitan
Passport ibarat nyawa kita bila kita berada di luar negara. Jangan sambil lewa letak merata-rata. Kalau boleh letakkan passport di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk bawa sentiasa bersama. Jangan lupa untuk membuat salinan passport, hanya langkah berjaga-jaga kerana ada sesetengah pihak hotel akan meminta salinan passport.
Tiket pula lagi senang jika anda selitkan sekali dalam passport. Tak lah kelam kabut nanti.
Bukti tempahan hotel. Anda perlu 'print out' butiran tempahan hotel yang telah anda lakukan sebagai langkah berjaga-jaga jika telefon bimbit anda kehabisan bateri.
2) Gajet
Sumber gambar: hmetro.com.my
Telefon Bimbit , perkara paling penting yang sukar untuk kita lupa tapi kalau kita kelam kabut boleh jadi kita tercicir di mana mana, di atas katil atau di dalam kereta kan , jadi sebaiknya letak dalam bag. Selepas anda dah bergerak, baru lah anda boleh menggunakan telefon bimbit. Jangan lupa bawa charger sekali!
Sumber gambar: Not a Nomad Blog
Kamera jangan lupa dibawa untuk merekod kenangan manis anda. Rugi kalau tiada gambar atau video kita semasa travel kan? Terpulang kepasa anda untuk membawa kamera DSLR atau kamera 'compact' atau anda mahu menggunakan kamera telefon sahaja pun boleh. Charger kamera pun jangan lupa !
Sumber gambar: xiaomi
'Power bank' pun kalau ada lagi bagus. Dibuatnya bateri henfon habis semasa anda travel kat mana pulak nak charge kan. Kalau anda mahu bawa power bank sila check dengan airline masing masing berapa kapasiti mAh yang dibernarkan.
Universal travel adapter ni ramai yang terlepas pandang. Setiap negara tak sama bentuk pin plug, ada yang 3 pin , ada yang 2 pin sahaja. Jadi, belilah universal travel adapter yang fleksibel untuk semua jenis pin.
3) Ubat-ubatan
Sumber gambar: AFD
Travel jangan sampai lupa kesihatan diri ya. Kesihatan diri lah yang paling utama. Kalau badan anda rasa tidak sihat, tak larat, perjalanan anda akan menjadi hambar dan terbeban. Diri anda adalah komponen yang terpenting yang menentukan perjalanan anda akan mejadi yang menyeronokkan atau membebankan.
Antara ubat-ubatan yang wajib anda bawa bersama ialah panadol, ubat angin, minyak gamat dan plaster.
4) Pakaian
Sumber gambar: dekoruma.com
Anda bawa perlulah mencukupi mengikut kepada bilangan hari perjalanan anda. Bagi perempuan, tak perlu bawa 1 almari, anda bukannya hendak pindah rumah. Antara tips yang kami boleh kongsi dengan anda adalah pilih baju yang 'less iron' atau ironless. Seluar/skirt pula pilihlah warna yang universal seperti warna hitam,coklat,kelabu. Senang untuk anda rotate. Tudung pun sebaiknya kurangkan.
Untuk lelaki mereka tidak rumit. Cukup membawa baju beberapa helai dan seluar jeans 2 atau 3 helai. Selesai. Oh ya , jangan lupa bawa pakaian bersesuaian dengan musim atau cuaca ketika anda travel nanti. Jangan lupa 'wintercoat' dan 'winter boots' jika musim ketika itu musim salji.
5) Toiletries
Sumber gambar: escapesetc.com
Barang-barang kebersihan diri ini salah satu keperluan peribadi yang tak patut anda lupa. Ubat gigi dan berus gigi yang paling penting. Sabun dan syampoo selalunya akan disediakn oleh pihak hotel tapi bagus juga kalau anda 'prepare' sahaja. Travel kit untuk toiletries ada dijual seperti di drugstore, miniso , daiso dan seumpama dengannya. Jimat sikit ruang nanti.
Sumber gambar: pinterest.com
Untuk perempuan, dari pencuci muka hingga ke sleeping mask , set 'skincare' anda tu bawa juga dengan menggunakan 'travel kit skincare'. Tak perlu bawa dengan botol-botol besar. Makan ruang nanti.
6) Duit yang ditukar secukupnya
Sumber gambar: Trade Exchange
Jangan ambil remeh ya. Ada orang yang tak kisah. Tukar sikit sahaja kemudian bila sampai masa untuk tukar , baru tukar lagi. 'Attitude' ini sangat membahayakan. Anda tak tahu apa akan jadi nanti. Kalau anda tukar di negara yang anda lawati nanti , 'rate' nya akan lebih tinggi berbanding di Malaysia. Selain itu, lebih baik anda tukar duit lebih sikit dari sepatutnya. Anda pasti sudah membuat kira-kira atau jangkaan bajet yang akan anda keluarkan. Jadi tak salah kalau anda tukar duit lebih sikit untuk hal 'emergency' nanti.
Jadi semak betul betul ya sebelum anda pergi ke travel. Kami telah pun berkongsi dengan anda dengan harapan dapat membantu anda. Kami di SurgaRoute mengucapkan selamat bercuti dan 'be happy' !
Untuk tips travel yang lain, anda boleh klik disini. Kami kongsi, Anda terokai. ?