Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera telah dibuka semula mulai Sabtu 6 Jun selaras dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang yang membenarkan pembukaan semula taman-taman rekreasi di negeri tersebut.
Tetapi bukan untuk pelancong kebanyakan tau. Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, walaupun perkhidmatan keretapi funikular telah pun dibuka, tetapi perkhidmatan itu hanya untuk kegunaan penduduk, pekerja dan pendaki sahaja. Manakala pengunjung lain perlu menunggu sehingga pengumuman selanjutnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Perkhidmatan kereta api funikular akan beroperasi setiap satu jam dari pukul 7.00 pagi dan seterusnya manakala perkhidmatan terakhir dari Stesen Atas adalah pada 7.00 malam.
Sumber : maria firdaus
"Para pendaki yang mendaki menerusi Laluan Warisan (Heritage Trail) disaran untuk mendaftar melalui PGCARE di Stesen Bawah Bukit Bendera untuk tujuan pengesanan kontak dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan PBBPP," menurut kenyataan itu.
Berikutan perkhidmatan kereta api funikular tidak beroperasi dengan kapasiti maksimum selaras dengan SOP, tiada perkhidmatan kereta api di substesen disediakan kepada pendaki sebaliknya hanya perkhidmatan untuk turun serta naik di Stesen Tengah disediakan untuk pendaki.
Sumber : penang foodie
SOP untuk norma baharu itu akan dikemas kini menerusi laman Facebook rasmi PBBPP dan orang ramai boleh menghubungi talian 04-828 8880 atau e-mel ke inquiries@penanghill.gov.my untuk maklumat terkini.
Sumber : Astro Awani