HalalXPlorer Logo
07 June 2020

Airasia tawar jualan istimewa selama 3 hari bagi perjalanan penting ke destinasi domestik

Kongsikan:

Berita baik ! AirAsia menawarkan jualan istimewa selama tiga hari untuk penerbangan domestik bagi sesiapa yang perlu melakukan perjalanan penting sepanjang berkuatkuasanya larangan merentas negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)

Tempoh Jualan

Tiket penerbangan jualan istimewa ini boleh ditempah di laman sesawang airasia.com dan juga melalui aplikasi mudah alih mereka dari 5 hingga 7 Jun 2020.

Jualan istimewa ini menawarkan harga tambang sehala untuk ahli bermula serendah RM129* untuk perjalanan antara 1 Julai dan 19 November 2020. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Penerbangan domestik bagi perjalanan penting yang dibuka untuk jualan adalah seperti berikut:

  • Dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Kota Bharu, Langkawi, Alor Setar, Kuala Terengganu, Bintulu, Kuching, Miri, Sibu, Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau
  • Dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Langkawi, Johor, Melaka, Kuching
  • Dari Johor ke Kuala Lumpur, Langkawi, Ipoh, Alor Setar, Miri, Sibu, Tawau
  • Dari Kota Kinabalu ke Bintulu, Miri, Sandakan, Sibu, Kuching, Tawau, Johor, Kota Bharu, Pulau Pinang
  • Dari Kuching ke Bintulu, Sibu, Miri, Johor, Kota Bharu

Amanda Woo, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Kami menyedari bahawa perjalanan udara adalah satu keperluan bagi perjalanan penting dan kami ingin terus memberikan tambang yang berpatutan kepada mereka yang harus melakukan perjalanan penting. Para tetamu kami boleh menempah penerbangan mereka dengan yakin, kerana mereka kini boleh menukar tarikh penerbangan tanpa had berikutan pengumuman pengecualian bayaran pertukaran penerbangan baru-baru ini untuk semua tempahan baharu bagi perjalanan sehingga 31 Disember 2020.”

Para tetamu juga dinasihatkan untuk memeriksa dan mematuhi langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri tempatan untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Sejak meneruskan perkhidmatan domestik bagi perjalanan penting pada 29 April 2020, AirAsia telah meningkatkan langkah-langkah keselamatannya sepanjang perjalanan, termasuklah proses sebelum penerbangan, dalam penerbangan, dan ketibaan.

AirAsia juga telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan seperti pembayaran tanpa sentuhan di lapangan terbang, kiosk tanpa sentuhan, Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS) serta ciri-ciri baharu yang dikemas kini pada aplikasi mudah alihnya untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan selamat untuk semua tetamunya.

Sekiranya terdapat perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia turut menawarkan pilihan lebih fleksibel untuk para tetamu yang melakukan perjalanan hingga 31 Disember 2020 dengan mengecualikan bayaran penukaran penerbangan.

AirAsia memastikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami. AirAsia mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam, badan kesihatan global dan tempatan, termasuk Organisasi Kesihatan Sedunia.

AirAsia akan terus mengikuti keadaan terkini dengan teliti dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Jadi, kepada yang perlu melakukan perjalanan penting dan sudah mendapat kebenaran rentas negeri, cepat-cepat sambar jualan istimewa ini.

*Tambang ahli adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan yuran. Tambang bukan ahli bermula RM134. Rujuk Terma dan Syarat jualan istimewa Airasia di sini.

*KEMASKINI : TEMPOH JUALAN TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 8 JUN 2020

Sumber : unit berita Airasia , artikel lain mengenai Airasia disini

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA