HalalXPlorer Logo
british airways make a return to klia
27 March 2025

British Airways bakal kembali ke KLIA mulai 2 April

Kongsikan:

Berita baik untuk para pelancong!

Lama tak dengar berita tentang British Airways di Malaysia, kan? Nah, bermula 2 April 2025, syarikat penerbangan dari United Kingdom ini akan kembali beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan harian dari London Heathrow menggunakan pesawat Boeing 787-9.

Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), keputusan ini dibuat selepas melihat permintaan yang tinggi dan kadar muatan penumpang yang memberangsangkan. Malah, British Airways sendiri cukup yakin dengan pasaran Malaysia dan tak sabar untuk kembali berkhidmat di KLIA.

Pengurus Besar Kanan, Strategi MAHB, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, berkata mereka telah berbincang dengan pasukan British Airways, dan semuanya berjalan dengan baik. Malah, jika prestasi laluan ini terus positif, ada kemungkinan kekerapan penerbangan akan ditambah dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kepulangan British Airways ini juga sebahagian daripada strategi MAHB untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan dari pakatan Oneworld ke KLIA. Buat masa ini, antara syarikat di bawah pakatan itu yang sudah beroperasi di KLIA ialah Malaysia Airlines, Japan Airlines, dan Cathay Pacific. MAHB juga sedang berusaha menarik syarikat penerbangan lain seperti Finnair dan Iberia, serta beberapa syarikat dari Jerman, Switzerland, Perancis, dan Itali.

Untuk info, kali terakhir British Airways terbang ke KLIA adalah pada tahun 2020. Jadi, dengan kembalinya mereka, lebih banyak pilihan perjalanan ke Eropah bakal tersedia untuk rakyat Malaysia. Siapa yang dah rancang nak bercuti ke London, bolehlah mula buat tempahan tiket!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA