HalalXPlorer Logo
qatar airways janda baik
27 October 2022

Beri Ruang Buat Pelawat Bersempena Piala Dunia, Qatar Airways Hentikan Sementara 18 Laluan Penerbangan

Kongsikan:

Qatar Airways telah menarik balik penerbangan dari 18 destinasi untuk membuka ruang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad bagi syarikat penerbangan yang membawa peminat ke Piala Dunia bola sepak bulan November ini.

Beri Ruang Buat Pelawat Bersempena Piala Dunia, Qatar Airways Hentikan Sementara 18 Laluan Penerbangan

Ketua Eksekutif Qatar Airways Akbar Al Baker berkata keutamaan kini adalah untuk menampung ratusan penerbangan yang akan mendarat di negara itu untuk kejohanan Piala Dunia tersebut.

Qatar, yang menjangkakan kira-kira 500 penerbangan ulang-alik sehari serta ratusan lagi penerbangan sewa dan jet peribadi, akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia bermula 20 Nov-18 Disember ini dengan anggaran kira-kira 1.2 juta pelawat.

Beri Ruang Buat Pelawat Bersempena Piala Dunia, Qatar Airways Hentikan Sementara 18 Laluan Penerbangan

Sebanyak 32 negara mengambil bahagian dengan perlawanan yang tersebar di lapan stadium, terletak dalam jarak 40 kilometer dari pusat Doha.

"Keutamaan kami bukanlah rangkaian Qatar Airways tetapi memberi akses kepada semua negara yang mengambil bahagian dan membawa masuk sejumlah besar penumpang."

Beri Ruang Buat Pelawat Bersempena Piala Dunia, Qatar Airways Hentikan Sementara 18 Laluan Penerbangan

COO Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) Badr Mohammad Al Meer berkata ratusan penerbangan dijadualkan mendarat setiap hari untuk kejohanan itu.

Sebilangan besar peminat juga akan datang hanya untuk perlawanan, memilih untuk menginap di Dubai.

"Untuk penerbangan ulang-alik akan ada 500 sehari, untuk penerbangan sewaan senarai belum dimuktamadkan," katanya.

Sumber : Reuters

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA