Walaupun pada waktu sekarang ini kita masih lagi dilarang untuk travel ke luar negara, tetapi untuk mimpi dan melakukan persediaan tak salah kan? Untuk percutian pertama anda ke luar negara setelah pandemik ini berakhir, mungkin destinasi yang berdekatan akan menjadi pilihan anda. Apa kata ke Batam di Indonesia ini ?
Walaupun berada di Indonesia tetapi Batam amat berdekatan dengan Malaysia dan juga Singapura. Dari Johor nak naik feri pun boleh.
Salah satu resort mewah di sana, Montigo Resorts ada buat promosi "Buy Now, Stay Anytime" . yang menawarkan diskaun 50% untuk bilik mereka yang lengkap dengan kolam renang peribadi. Best kan ! Kalau dilihat di dalam laman web mereka, harga promosi ini diletakkan dalam matawang Dollar Singapura, tetapi terma dan syarat tidak mengatakan promosi ini hanya untuk warga Singapura.
Berikut merupakan harga yang tertera di dalam laman web mereka :
Jika ditukarkan ke dalam Ringgat Malaysia, harganya lebih kurang macamni :
- Studio Premier 1 Bilik Tidur: MYR611 bersih (2 orang)
- Vila Deluxe 2 Bilik Tidur: MYR798 nett (2 pax), MYR921 (3 pax), MYR1044 (4 pax)
- Kediaman Premier 3 Bilik Tidur: MYR2456 bersih (6 orang)
Tetapi, yang paling best adalah baucar ini sah selama 2 tahun dari tarikh pembelian anda dan termasuk dengan sarapan setiap hari!
Mengikut terma dan syarat pula, baucar ini sah untuk tempahan pada hujung minggu dan hari bekerja kecuali hujung minggu panjang , cuti umum dan malam cuti umum Singapura. Jadi, tak perlu risau kerana anda masa 2 tahun untuk gunakan baucar ini. Panjang masa tu.
Untuk menempah: Pembelian baucar ini hanya menerusi sales.nongsa@montigoresorts.com. Tuliskan “BOOK NOW STAY ANYTIME” di bahagian tajuk.
Alamat: Jalan Hang Lekir Nongsa, Sambau, Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau 29465, Indonesia
Nombor telefon : +62 778 776 8888
Laman Web| Facebook | Instagram