Berita baik ! Berita Baik !
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu, kita diarahkan untuk terus berada di dalam rumah dan hanya keluar untuk tujuan yang penting sahaja. Memang rasa bosan sebab terlalu banyak masa lapang, tapi tak boleh nak ke mana-mana. kan?
Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan pada 10 Jun 2020, lebih banyak kelonggaran diberikan dan perniagaan juga sudah dibenarkan beroperasi dengan syarat perlu ikut SOP yang ditetapkan kerajaan.
Termasuklah destinasi hiburan kegemaran ramai iaitu Genting Highlands atau sekarang ini dikenali sebagai Resorts World Genting (RWG) yang akan dibuka bermula jumaat , 19 Jun 2020 !
Seronok-seronok juga, keselamatan tetap perlu dijaga kan ?
Mujurlah pihak pengurusan Genting Malaysia berkata, pihak mereka akan meningkatkan langkah keselamatan bagi RWG untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para tetamu dan pekerjanya.
Katanya kerana kapasiti terhad, ada beberapa syarat untuk memasuki ke casino namun kami tidak akan ceritakan disini kerana berjudi itu ditegah Islam.
Apa yang anda perlu tahu adalah kereta kabel Awana Skyway dan bas ekspres Genting akan beroperasi semula untuk membawa pengunjung dan taman tema Skytropolis akan dibuka. Boleh bawa anak-anak main !
Tetapi, jangan lupa untuk patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Antaranya adalah langkah-langkah jarak sosial dan mencuci tangan dengan kerap.
Genting Malaysia berkata RWG telah melaksanakan MySejahtera Check-In di semua pintu masuk dan outlet utamanya di seluruh resort.
Sebelum datang ke Genting, anda diminta untuk memuat turun dan mendaftarkan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan akses ke premis resort.
Nak tahu lebih lanjut? Disini