HalalXPlorer Logo
08 July 2021

Pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya Ditangguh Sehingga November 2021

Kongsikan:

Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) memaklumkan bahawa pembinaan keseluruhan MRT Laluan Putrajaya berjalan lancar dan kini telah melepasi tahap 90% siap manakala tahap kemajuan untuk fasa pertama (Fasa 1) antara Stesen Kwasa Damansara dan Stesen Kampung Batu pula adalah 99%.

stesen MRT Laluan Putrajaya
Stesen MRT Metro Prima . Sumber : APAD

Pada masa ini, operasi percubaan MRT Laluan Putrajaya yang bermula pada 29 April lalu, sedang dilakukan oleh pengendali di sepanjang bahagian itu.

May be an image of one or more people

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, dalam memastikan pengendali mencapai tahap kecekapan yang diperlukan, MRT Corp memutuskan untuk melanjutkan tempoh operasi percubaan.

“Jadual latihan asal telah terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dikuatkuasakan di kebanyakan wilayah Selangor dan lokasi terpilih di Kuala Lumpur,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

May be an image of train and outdoors

Sehubungan itu, kata beliau, MRT Corp memutuskan untuk meminda tarikh pembukaan untuk MRT Putrajaya Fasa Satu yang dijadualkan pada Ogos 2021 ke pertengahan November 2021.

“Tarikh pembukaan baharu itu juga dipilih untuk dilaksanakan dalam Fasa Keempat Rancangan Pemulihan Nasional ketika ekonomi negara diharapkan dibuka sepenuhnya dan acara pelancaran boleh berlangsung,” katanya.

https://www.facebook.com/MRTMalaysia/posts/4467182439979789
Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA