HalalXPlorer Logo
26 February 2021

Jambatan ikonik bakal dibuka di Tasik Kenyir pada Mei 2021

Kongsikan:

Jika sebelum ini Terengganu terkenal dengan jambatan ikon 'drawbridge atau Jambatan angkat di Kuala Terengganu, nampaknya selepas ini kita semua akan menyaksikan pembukaan sebuah lagi jambatan ikonik di negeri tersebut.

jambatan ikonik di Tasik Kenyir
Jambatan Pulau Poh. Kredit : BBR Network

Terbaru, Tasik buatan manusia terbesar di rantau Asia, Tasik Kenyir bakal memiliki satu lagi tarikan baharu apabila jambatan ikonik yang dikenali sebagai Jambatan Pulau Poh dengan kos RM107 juta kini hampir 100 peratus siap dan bakal beroperasi pada Mei depan.

Jambatan Pulau Poh. Kredit : BBR Network

Mercu tanda baharu dengan reka bentuk unik bermotifkan kepala bangau dan sepanjang 133 meter di Pulau Poh itu bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada produk-produk pelancongan sedia ada di Tasik Kenyir, bahkan meningkatkan jumlah pengunjung ke destinasi tumpuan ramai tersebut

Projek pembinaan jabatan ikonik Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dalam pembinaan . -Kredit : UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT

Jambatan ikonik tersebut adalah sebahagian daripada skop projek pembangunan pusat bebas cukai Tasik Kenyir. Selain jambatan, terdapat beberapa kemudahan lain yang turut dibina antaranya terminal utama jeti penumpang dan kargo di samping 150 bilik hotel bertaraf tiga bintang.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA